Pakatan Harapan (PH) diramalkan akan gagal menawan
Terengganu dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Pakar dan pengkaji politik berpendapat, kegagalan parti
yang bergabung dengan PH menarik sokongan orang luar bandar menjadi penghalang
PH menewaskan UMNO dan PAS.
Malah, jika berlau pertangan tiga penjuru, PH akan hanya
bermimpi kerana kelebihan ada pada UMNO dan PAS.
Malah, tidak mungkin 15 peratus pengundi PAS dan UMNO di Kelantan atau Terengganu akan berikan undi
kepada PH pada pilihan raya umum ke-14
(PRU14) nanti.
Juga tidak ada kebenarannya kata-kata pemimpin veteran
DAP Lim Kit Siang bahawa PH akan mengambil undi 15 peratus akibat pengundi Melayu
berubah daripada UMNO dan PAS kepada PH
kali ini.
Menurut pakar dan pengkaji politik berkenaan, pengundi
Kelantan dan Terengganu akan setia dengan UMNO dan PAS.
Mereka tidak akan lari dan akan terus memberikan
kesetiaan walaupun hakikatnya, mungkin ada perubahan sedikit di kawasan bandar.
Di luar bandar, usah mimpilah PH untuk mendapat undi
daripada orang UMNO dan PAS.
Siapa berpendapat demikian?
Mereka ialah Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre,
penasihat utama Pacific Research Center, Dr Oh Ei Sun, Ketua Klaster Politik
Profesor Negara, Prof Datuk Mohamed
Mustafa Ishak dan bekas pensyarah Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu
Bakar.
Mereka berpendapat dalam kedudukan di mana UMNO yang
begitu teguh akr umbi dan memiliki kewangan yang kukuh, amat sukar untuk PH –
AMANAH, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menembusi kubu kuat PAS
dan UMNO.
Tidak ada sebab untuk rakyat menyokong PH, walaupun ada
segelintir yang mahukan perubahan.
Bagi mereka, kedudukan di mana rakyat Kelantan dan
Terengganu yang boleh disifatkan ‘kolot politik’ dan masih tidak sedar dengan
laungan untuk perubahan oleh PH akan kekal mengundi UMNO dan PAS.
Malah, walaupun ramai yang datang ke ceramah dan majlis
PH, ia tidak boleh dianggap sebagai sokongan dan akan mengundi mereka.
Ia hanya gambaran palsu yang akhirnya undi rakyat
Kelantan dan Terengganu akan berbalik kepada dua parti lama itu.
“Akan ada gelombang kecil orang Melayu menentang kerajan
tetapi dengan kedudukan pembangkang yang tidak bersatu, PH tidak mempunyai
jaminan akan menang. Sebabnya PAS lebih lama dan lebih dikenali serta berakar
umni di kawasan luar bandar, selain ramai pengikut,” kata Ibrahim seperti
dipetik oleh The Malay Mail kelmarin.
Jika berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan BN
menentang PAS dan parti komponen PH, dijangkakan pemenang ialah BN.
Dr Oh Ei Sun berpendapat kalau ada pun sokongan kepada
PH, ia tidak secara menyeluruh tetapi bertaburan di kawasan bandar.
Menurutnya yang
akan sokong AMANAH hanya pengundi kawasan bandar sementara PPBM lemah untuk
menarik sokongan daripada UMNO dan PAS.
Prof Mohamed Mustafa juga tidak yakin PH akan mendapat
laba daripada pertandingan tiga penjuru.
“Oleh kerana Kelantan dan Terengganu menjadi kubu PAS,
sementara UMNO juga kukuh di banyak kawasan, dua negeri ini akan menjadi saingan
sengit PAS dan UMNO.
Dan apabila jadi perlawanan tiga penjuru, adalah sukar
untuk parti baru menang, apalagi mereka tidak bersatu.
Masalah boleh dirujuk kepada dua pilihan raya kecil tahun
lepas yang AMANAH sertai di mana ia gagal untuk menarik sokongan.
Sebaliknya jika PAS masih kekal dengan PH, perubahan akan
berlaku tetapi dengan PAS seakarang, tiada gelombang perubahan sokongan akan
berlaku.
Prof Mohamad menegaskan, apa yang dikatakan oleh LIM
mengenai 15 peratus undi akan berubah kepada PH tidak akan berlaku kerana PAS
tidak bersama PH.
Katanya AMANAH mungkin mendapat sokongan di kawasan
bandar tetapi UMNO dan PAS akan kekal di kawasan luar bandar.
“Mungkin yang menentang parti sendiri membantah dengan
tindak mengundi tetapi tidak akan mengundi parti lawan,
“ Majoriti kecil yang didapati oleh PAS dan UMNO pada
pilihan raya lalu tidak akan meninggalkan kesan dan AMANAH tidak akan mendapat
manfaat daripada kedudukan itu,” tegas Prof Mohamad.
Kelantan kini diperintah oleh PAS dan UMNO pula di Terengganu.
PKR memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),
masing-masing di Kelantan.
No comments:
Post a Comment