"Apabila melakukan sabotaj, memburuk-burukkan dan mengkritik pemimpin serta dasar parti, termasuk dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), jawabnya ‘nahaslah engkau’."
Kalau mahu bersihkan UMNO daripada mereka yang menentang
kepimpinan tertinggi atau menyerang UMNO secara terbuka, bertindaklah biar
menyeluruh, jangan terpilih.
Tidak kiralah yang berprofil tinggi atau rendah, mereka
yang mengancam UMNO dan menyerang UMNO, lebih-lebih lagi menyerang dan
memaki-hamun Presiden dan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO secara
terbuka, pecat sahaja.
Ini kerana dalam UMNO, tiada seorang pun lebih besar
daripada parti!
Sesiapa yang pilih untuk melanggar peraturan parti,
jawapannya adalah tindakan disiplin. Ia berlaku di atas kehendak mereka
sendiri, bukan disuruh-suruh..
Kerana itu, tidak payah ugut atau beri amaran. Lama-lama
jadi tawar, kalau asyik ugut dan beri amaran. Tindakan tegas diperlukan.
Barulah nampak ‘ummmphhh...’.
Yang patut pecat, pecat sahaja. Yang patut digantung ke
ahliannya, gantung sahaja.
Umno perlukan ahli berkualiti, bukan ahli yang asyik
membantah dan mempersoalkan keputusan pemimpin.
Tidak perlu ada ahli tiga juta tetapi sebahagiannya
sampah sarap. Ada yang tidak mengundi atau mengundi parti yang lawan UMNO.
Buat apa ahli sedemikian. Lakukan pemutihan segera.
Setiap Bahagian UMNO perlu kenal pasti mana ahli yang setia, yang atas pagar
dan yang tidak setia.
Yang setia dipelihara, yang atas pagar dipujuk dan yang
tidak setia, bersihkan sahaja daripada ‘disk’ supaya tidak corrupt seluruh
computer (UMNO).
Pemimpin perlu berani bertindak. Pemimpin adalah ketua yang patut dihormati.
‘The boss is always right, bukan gitu?’
Sebagai Setiausaha Agung yang semua butiran ahli dalam
pengetahuannya, lebih baik buat kajian dan penyelidikan.
Mana-mana yang menentang secara terbuka, jelas dan
bertindak nekad menentang UMNO, buang atau pecat sahaja.
Itu lebih baik.
Mereka ini tidak
semestinya daripada kumpulan pemimpin tetapi juga ahli biasa.
Kenyataan mereka sama ada melalui ceramah, blog atau
Facebook perlu dipantau dan yang sesuai atau patut buang, buang sahaja.
Begitu juga dengan blogger dan Facebookers yang terang-terangan
menyokong pembangkang dan Tun Dr Mahathir.
Tunggu apa lagi? UMNO perlu bersihkan ahli parti itu.
Lakukan pemutihan. Tidak perlu bangga dengan tiga juta ahli tetapi banyak
‘sampah’ di dalamnya.
Biar tinggal ahli yang setia sahaja. Lagipun slogan UMNO
itu sendiri pun BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT.
Tidak payahlah nak cakap tidak wajar bagi ahli parti di
bahagian-bahagian menuduh Majlis
Tertinggi (MT) mengambil tindakan di luar batasan atau apa sekali pun.
MT sudah buat keputusan berani memecat ketua Umno bahagian
Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketua UMNO Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir
serta penggantungan ketua Umno bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
kerana mereka melanggar disiplin parti, jadi kena beranilah dan berdepanlah
dengan bantahan.
Umno bahagian Pagoh dan Semporna sebelum ini mengumumkan
mereka menolak keputusan MT yang memecat pemimpin mereka daripada parti.
Tidak sekadar perlu meneliti dan memantau pergolakan yang
berlaku di Semporna dan Pagoh di mana ada ahli-ahli yang tidak berpuas hati
terhadap keputusan MT. Apabila membantah, ia jelas mereka tidak lagi
menunjukkan tataetika sebagai ahli UMNO.
Mempesoalkan sama ada mereka benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan
negara tetapi untuk individu, itu soal
lain. Hak masing-masing. Apakah pemimpin UMNO semuanya mementingkan perjuangan
sedemikian, atau kedudukan dan kepentingan peribadi?
Pemimpin dan ibu Pejabat UMNO tidak boleh menyekat ahli
parti membuat spekulasi selagi tiada pencerahan dan kenyataan Presiden UMNO
sendiri agak samar-samar.
Umpamanya dalam isu perletakan jawatan dalam parti
diperingkat pusat, negeri dan bahagian oleh Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Kalau soal jawatan Menteri, ia dikatakan sebagai hak Perdana Menteri
melantiknya, tetapi bagaimana jawatan yang dipilih melalui persidangan UMNO
Bahagian?
Kita mahu melihat apa tindakan terhadap kumpulan bekas
ketua cawangan UMNO yang bertindak
membakar buku Perlembagaan Umno.
Mereka menunjukkan
kemarahan dan protes oleh Gerakan Ketua
Cawangan Umno Malaysia (GKCM) sebaik sahaja selesai sidang media bersama
Muhyiddin dan Mukhriz di perkarangan Rumah Alumni Universiti Malaya (UM) petang
kelmarin menuntut respons bijak daripada pemimpin UMNO Pusat.
Mereka mendakwa buku Perlembagaan UMNO itu sudah tidak
berguna lagi kerana tidak digunakan oleh
pimpinan tertinggi dan menganggap ia bertentangan dengan semangat UMNO dan
tidak boleh dimaafkan.
Juga, apa tindakan akan dilakukan terhadap lima ketua
UMNO Cawangan Pagoh meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta ekoran kecewa
dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang melucutkan keahlian Muhyiddin
Yassin daripada parti berkenaan baru-baru ini?
Mereka adalah Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd
Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit
Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta
Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.
Kelima-lima individu terbabit mendakwa mereka masih
mengekalkan keahlian dalam parti berkenaan kerana masih sayangkan UMNO. Untuk
apa UMNO Pusat mengekalkan mereka?
Yag jelas tindakan mereka meletakkan jawatan adalah
sebagai tanda protes selain membantah keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO,
Datuk Seri Najib Razak. jelas sudah daripada kenyataan mereka.
Mohd Solihan bakar buku perlembagaan UMNO. |
Mohd Solihan yang juga Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan
Malaysia (GKCM) berkata, beliau percaya sebenarnya ramai yang membantah dan
mahu keluar daripada parti (UMNO) namun mereka masih teragak-agak kerana tidak
jelas dan keliru dengan pendirian mereka.
“Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi
ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini,” katanya.
Bagaimana pula di Semporna Sabah?
Kelmarin, Pengerusi Tetap Umno Bahagian Samporna, Datu
Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya sambil mendakwa
UMNO Bahagian Semporna dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai
pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan MT menggantung
keahlian Datuk Seri Shafie Apdal sementara menunggu laporan Lembaga Disiplin
Jumaat lepas.
“Maka dengan ini kami meletakan jawatan di dalam parti
dan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti
berkuatkuasa serta-merta,” kata Datu Eranza dalam satu kenyataan semasa sidang
media di Semporna.
Beliau mengecam tindakan MT UMNO yang bersifat kuku besi
dan tidak membenarkan perbezaan pendapat sehingga pengkritiknya dibuang parti
hanya semata-mata kerana menyatakan kebenaran dan melawan kebatilan.
Itu bukan melawan tauke ker? Menyifatkan kepimpinan UMNO
mengamalkan pentadbiran ‘kuku besi’.
Keberanian Ibu Pejabat Umno mengambil tindakan memecat
ketua cawangannya kerana dipercayai mensabotaj parti dan menegur
kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, wajar dijadi amalan
kekal (prededent) parti.
Umpamannya dalam kes ketua cawangan Pusat Bandar Taman
Cempaka, Bahagian Pandan, Syed Saifuddin Syed Harman,58, yang menerima surat
daripada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 2 Jun
lalu.
Syed Saifuddin kena pecat... |
Terkilan atau tidak atas keputusan itu, tanggunglah
sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung, walaupun setelah 30 tahun bersama UMNO.
Tidak perlu ungkit kenapa diperlakukan sedemikian?
Juga jangan anggap ia keputusan tidak adil tanpa
sebab logik dan munasabah. Ini kerana
apabila melakukan sabotaj, memburuk-burukkan pemimpin dan mengkritik pemimpin
dan dasar parti, termasuk dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),
jawabnya ‘nahaslah engkau’.
No comments:
Post a Comment