"Kempen anti-Najib Tun Mahathir telah gagal dan pembangkang berpecah dan tidak keruan serta dilihat tidak berupaya untuk mentadbir sebuah kerajaan.Rakyat mempercayai BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri."
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil(PRK) di
Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak lebih daripada mampu untuk mengetuai Barisan Nasional menghadapi pilihan
raya umum akan datang.
Itu pandangan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk
Abdul Rahman Dahlan hari ini.
Beliau menyifatkan
kemenangan besar dalam kedua-dua PRK itu membuktikan adalah salah
dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya BN akan kalah di
bawah kepimpinan Najib.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini,
Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dam Kesejahteraan
Bandar, berkata Kempen anti-Najib Tun Mahathir telah gagal dan pembangkang
berpecah dan tidak keruan serta dilihat tidak berupaya untuk mentadbir sebuah
kerajaan.
"Rakyat mempercayai BN di bawah kepimpinan perdana
menteri untuk menyediakan pembangunan ekonomi dan jaminan keselamatan,"
katanya.
Abdul Rahman berkata rakyat telah menunjukkan bahawa
mereka menentang sebarang cubaan untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang
dipilih secara demokratik.
Abdul Rahman berkata Tun Dr Mahathir harus menerima
kehendak demokrasi rakyat, walaupun ia tidak selari dengan kepentingan
peribadinya.
"Adalah lebih baik beliau bersara awal daripada
terpaksa menanggung malu lagi," katanya.
Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilaporkan
berkata selepas kemenangan BN itu merupakan tempoh sesuai sekiranya PRU mahu
dilakukan lebih awal.
Katanya, kemenangan besar BN di Kuala Kangsar dan Sungai
Besar membuktikan BN kembali mendapat tempat di hati rakyat.
Raja Nong Chik - kemenangan BN di PRK adalah tem,poh sesuai... |
Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk
mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar bagi BN dengan majoriti undi 6,969,
mengalahkan Dr Najihatussalehah Ahmad daripada PAS (5,684 undi), Dr Ahmad
Termizi Ramli dariada Amanah (4,883) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary
(54).
Mastura merupakan balu kepada Anggota Parlimen Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di
Sarawak pada 5 Mei.
Tan Sri Noriah Kasnon, yang merupakan MP Sungai Besar,
turut terbunuh dalam insiden itu yang memerlukan PRK turut dadakan di Sungai
Besar.
PRK itu dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri
Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan
rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191-undi.
Beliau mengalahkan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah
yang mendapat 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman (PAS) yang mendapat 6,902
undi.
Menurut Raja Nong Chik, keputusan PRK itu ia suatu fenomena yang mampu memberi
keyakinan buat kawasan-kawasan berpotensi lain memenangi PRU akan datang ekoran
perubahan sikap pengundi bermula dari pilihan raya di Sarawak.
Shahrizat - Wanita Bersedia Bila-Bila Masa |
Menurutnya yang merupakan Ketua Umno Bahagian Lembah
Pantai, situasi itu juga dilihat sebagai satu tempoh sesuai sekiranya PRU mahu
dilakukan lebih awal.
"Pengundi sudah sedar bahawa politik pepecahan yang
dibawa oleh pembangkang tidak boleh pakai. Analisis juga menunjukkan politik
memburukkan pemimpin dan mensensasikan isu tidak berkesan kerana pengundi
mungkin sudah jemu,"katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Raja Nong Chik menambah, pada pilihan
raya umum yang lalu, berpolitik dengan mencemuh pemimpin dengan isu-isu yang
disensasikan mungkin menjadi penentu kemenangan.
Ia seperti mana yang berlaku di Lembah Pantai sendiri
apabila beliau dikaitkan dengan skandal penjualan sebidang tanah, katanya.
"Akhirnya, setelah mereka (PKR) menang, barulah
(Ahli Parlimen Lembah Pantai) Nurul Izzah (Anwar) mohon maaf tentang fitnah
itu. Namun perkara sebegitu mungkin sudah tidak berkesan pada waktu sekarang
ini kerana pengundi lebih mahu tahu tentang pembangnan dan bagaimana untuk kita
beri khidmat pada rakyat, menerusi pembangunan dan sebagainya.
Budiman bersana pengundi Cina di Sungai Besar |
"Pengundi Cina juga sudah sokong BN apabila kita
boleh lihat beberapa kawasan majoriti Cina di Sungai Besar, turut menang,"
katanya.
Di Putrajaya,
Wanita UMNO menyatakan kesediaan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata,
kemenangan besar BN di dua PRK Sabtu
lalu sebagai simbolik positif, rakyat menerima parti itu di bawah kepimpinan
Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Timbalannya, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi
“Wanita bersedia bila-bila masa. Kita serahkan pada
Presiden. Esok pun boleh, tahun depan pun boleh. Terpulang kepada keputusan
yang terbaik oleh Presiden.
Pada saya, kemenangan BN satu petanda yang amat
baik. Ini memang dikatakan sudah terang lagi bersuluh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Perdana
Menteri, semalam.
Shahrizat akui merasa terharu dengan sokongan rakyat
kepada BN di dunia Parlimen itu. Yang saya rasa terharu...terima kasih banyak
kepada semua pengundi kerana ini adalah penghakiman dari mahkamah rakyat. Itu
yang tak boleh dipertikaikan,” katanya.
Sementara Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan
Mohamad berkata lebih elok sekiranya PRU14 dicepatkan namun ada perkara yang
perlu diselesaikan sebelum berlakunya pilihan raya.
“Boleh tapi ada beberapa perkara yang perlu dibuat dulu.
Antaranya soal persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen. Itu akan ambil
masa kerana memerlukan kelulusan Parlimen. Tapi elok juga dibuat pilihan raya
secepat mungkin.
“Mungkin di kawasan bandar sentimen itu masih belum
berubah lagi tapi di kawasan separa bandar dan luar bandar memang memihak kepada
BN,” katanya.
Di KANGAR, Persatuan Veteran UMNO Perlis berkata kemenangan di Kuala Kangsar
dan Sungai Besar wajar menjadi panduan dan formula bagi BN dalam pemilihan
calon untuk pilihan raya umum ke-14 kelak.
Pengerusinya, Datuk Selamat Saad berkata isu penting ialah calon yang bakal mewakili BN hendaklah berwibawa dan bersedia berkhidmat kepada rakyat.
"Selain itu ahli-ahli UMNO termasuk kepimpinan bahagian dan cawangan hendaklah menerima siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan tidak sekali-kali melakukan sabotaj," katanya.
Selamat yang juga Yang Dipertua Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perlis, memberitahu Bernama bahawa semangat setiakawan rakan-rakan komponen BN yang menyokong siapa sahaja menjadi calon tanpa mengira bangsa dan agama hendaklah dijadikan prinsip sepanjang masa.
"Saya yakin jika formula ini diamalkan dalam PRU ke-14 akan datang, BN akan dapat terus memerintah malah boleh merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang," kata Selamat.
Pengerusinya, Datuk Selamat Saad berkata isu penting ialah calon yang bakal mewakili BN hendaklah berwibawa dan bersedia berkhidmat kepada rakyat.
"Selain itu ahli-ahli UMNO termasuk kepimpinan bahagian dan cawangan hendaklah menerima siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan tidak sekali-kali melakukan sabotaj," katanya.
Selamat yang juga Yang Dipertua Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perlis, memberitahu Bernama bahawa semangat setiakawan rakan-rakan komponen BN yang menyokong siapa sahaja menjadi calon tanpa mengira bangsa dan agama hendaklah dijadikan prinsip sepanjang masa.
"Saya yakin jika formula ini diamalkan dalam PRU ke-14 akan datang, BN akan dapat terus memerintah malah boleh merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang," kata Selamat.
No comments:
Post a Comment