Provokasi daripada siapa? Pemimpin dan 'barua' UMNO sendiri?
Siapa kata ada enam (6) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
akan memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok?
Siapa cipta cerita demikian?
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan
Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang hari ini berkata “Boikot Sidang
DUN Hanya Provokasi...”.
Sejauh ini tidak ada laporanpun mengatakan ada enam ADUN berhasrat
berbuat demikian.
Mungkin provoksi yang dikaitkan itu untuk mengeruhkan
keadaan kerana ‘memang ada lebih enam’ ADUN yang bersimpati dengan apa yang
dituntut oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Tetapi di kalangan enam ADUN itu (termasuk EXCO), mereka
tidak mahupun sidang DUN esok berjalan dalam keadaan kelam kabut.
Juga mereka tidak pernah meminta Ahmad Razif Abdul Rahman
meletakkan jawatan.
Mereka seboleh-bolehnya berusaha memujuk Datuk Seri Ahmad
Said jangan menjadikan mesyuarat esok sukar.
Bukan begitu A Latiff?
Jadi jangan komen perkara yang tidak benar, kalaupun ditanya
soalan berbentuk provoksi oleh wartawan.
Jawapan biar jelas. Lagipun A Latiff semalam hadir pada
mesyuarat dengan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Ingat apa pesanan dan hasrat Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO pada
mesyuarat itu?
Menurut laporan mStar, A Latiff yang juga ADUN Pengkalan Berangan, pemulauan berkenaan tidak mungkin berlaku
kerana ketika ini kesemua exco berada teguh menyokong kepimpinan Menteri Besar,
Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya yakin ia tidak akan berlaku sebab ketika ini
tahap kecintaan kami semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sangat tinggi
terhadap Terengganu. Tidak mungkin akan berlaku perkara di luar jangkaan kerana
kami tetap bersama MB (Menteri Besar)," katanya.
Beliau menyatakannya ditemui pemberita selepas
menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu
Baharu (TTB) di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini.
“Ia hanya khabar angin dan satu provokasi pihak tidak
bertanggungjawab," itu jawapan beliau.
Sebaik-baiknya nyatakan siapa buat provoksi itu. Siapa
pihak tidak bertanggungjawab itu.
PAS, AMANAH dan Ahmad Said tidak buat kenyataanpun ada
enam ADUN akan berbuat demikian.
Apakah orang UMNO sendiri atau penyokong Menteri Besar
sengaja sebarkan berita sedemikian untuk memburukkan Ahmad Said.
Juga apakah cara itu untuk memburukkan imej ADUN yang
disyaki ‘tidak menyokong Menteri besar’?
A Latiff sendiri kata semua EXCO dan ADUN BN sayangkan
Ahmad Razif dan menykong beliau, jadi jangan disebut ada yang menentang Menteri
Besar.
A Latiff kena
bijak menjawab. Sebagai Bekas EXCO Komunikasi jangan keruhkan keadaan.
Matikan sebarang soalan mengenai spekulasi yang mendakwa enam orang EXCO
dijangka memulaukan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang
akan bersidang esok, adalah lebih baik.
Jangan layan soalan wartawan. Jawapan yang baik ialah
mengulas harapan beliau bahawa tiada perkara luar biasa yang akan berlaku dan
Sidang DUN dapat berlangsung seperti biasa.
"Saya menaruh harapan agar Sidang DUN esok dapat
berjalan lancar dengan tertib dan kita juga berharap Sidang DUN kali ini akan
memberi impak dan kesan yang baik kepada negeri Terengganu," katanya. Ini
jawapan yang baik.
Dalam keadaan kemelut sekarang, ADUN dan EXCO
sebaik-baiknya mengelak jawapan bersifat provoksi dan yang boleh mendatangkan
persepsi.
Jika Najib , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk
Seri Hishamuddin Hussein mahu isu ini diselesaikan dengan baik, pemimpin UMNO
Terengganu, khususnya pemimpin UMNO Bahagian Marang seperti A Latiff, perlu elak menyebut kumpulan atau pihak
tertentu cuba menggugat perjalanan persidangan DUN esok.
Diharap A Latiff mempelajari cara menjawab soalan
wartawan dengan bijak dan mengelak sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan
wujud persepsi pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment