Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman
semalam menyifatkan krisis politik di negeri itu selesai dan berharap tidak
timbul lagi masalah seumpama itu yang boleh menjejaskan kepimpinan negeri
di masa depan.
Beliau lega sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tidak
menampakkan “situasi panas” seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
“Alhamdulillah, keadaan hari ini terkawal dan tak ada apa-apa perkara yang berlaku…keadaan (kemelut) politik di Terengganu sudah selesai.
"Yang penting sekarang ini kita hendak bergerak ke hadapan untuk memastikan agenda pembangunan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya sebaik sahaja selesai sidang DUN semalam.
“Alhamdulillah, keadaan hari ini terkawal dan tak ada apa-apa perkara yang berlaku…keadaan (kemelut) politik di Terengganu sudah selesai.
"Yang penting sekarang ini kita hendak bergerak ke hadapan untuk memastikan agenda pembangunan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya sebaik sahaja selesai sidang DUN semalam.
Beliau berkata, apa yang berlaku membuatkan Umno dan
Barisan Nasional (BN) supaya lebih bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya
umum akan datang.
Ahmad Razif...bergerak ke hadapan |
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib turut
menyatakan komitmennya untuk terus
menyokong kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman menerajui
negeri ini.
Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau mengharapkan
kepimpinan sedia ada akan terus kukuh dan tiada pembubaran Dewan Undangan
Negeri (DUN) sekali gus pilihan raya negeri.
"Biasalah kami semua satu pasukan dan satu
kepimpinan serta kepimpinan negeri sekarang berjalan macam biasa dan
lancar," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi rehat Sidang DUN
Terengganu bagi penggal keempat di Wisma Darul Iman semalam.
Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila
bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Ghazali
mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.
Baru-baru ini beberapa akhbar tempatan melaporkan Ghazali
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas
Khas negeri meminta kepimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan segera
menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri yang didakwanya gagal berfungsi
sehingga memberikan kesan kepada rakyat.
Ghazali berkata, laporan kemelut itu telah disensasikan
media sedangkan tiada sebarang masalah dan berjalan dengan baik.
"Biasalah adik-beradik saling ingat mengingati ...
media sukakan (benda) sensasi, jadi benda yang saya bagi tahu adalah benda yang
baik tetapi diambil peluang pihak yang mengharapkan kehangatan," katanya.
Mohd Jidin...semua 17 ADUN datang
Sementara itu, ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee
berkata, kesemua barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tetap
bermuafakat menghadapi sebarang masalah dalam pentadbiran negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan
negeri itu berkata, persidangan DUN yang berlangsung lancar pada Isnin dengan
tiada usul tergempar membuktikan laporan kemelut itu sekadar digembar-gemburkan
tanpa asas kukuh pihak tidak bertanggungjawab.
"Isu hari ini selesai ...tidak ada apa-apa yang
berlaku ...kesemua 17 kita (Adun Barisan Nasional) datang. Kadang-kadang
kebebasan IT (teknologi maklumat) ini menyebabkan pelbagai andaian
tersebar," katanya.
Ditanya mengenai sokongannya kepada Ahmad Razif, beliau
berkata: "Kita semua ini duduk dalam kerajaan yang ada ketua dan satu
pasukan. Jadi kita kena jaga parti".
Adun Telemong, Datuk Rozi Mamat pula meminta agar semua
pihak tidak lagi menggembar-gemburkan krisis politik di Terengganu selepas ini
kerana yakin kesemua Adun boleh berkhidmat dengan baik untuk rakyat.
"Jadi rakyat tidak perlu risau serta gusar kerana
kerajaan negeri masih mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik,"
katanya.
Rozi berkata kesemua wakil rakyat (BN) memberikan
sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri sedia ada malah perbahasan dibuat
secara matang dan positif.
"Semua pihak memainkan peranan masing-masing yang
mana pihak kerajaan memainkan peranan sebagai kerajaan memerintah manakala
pembangkang dengan peranan mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment