"Veteran UMNO kesal kerana menteri yang bertanggungjawab dalam hal agama tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung gerakan 'mewahabikan' Malaysia.."
Veteran UMNO hari ini mencabar Mufti Perlis Datuk Dr
Mohad Asri Zainal Abidin supaya meletak jawatan dan bertanding dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya berminat dalam politik.
"Mohd Asri boleh memilih untuk bertanding atas tiket
pembangkang yang dia suka," kata setiausaha Veteran UMNO Datuk Mustapha
Yaakub melalui satu kenyataan media hari ini.
Selain itu, Mustapha juga mendakwa Mohd Asri seorang
'pemimpin Wahabi' yang berusaha keras mengembangkan fahaman itu di Malaysia,
malah dilindungi oleh menteri pusat untuk mempromosi 'dakyahnya'.
Siapa menteri yang dimaksudkan Mustapa?
"Veteran UMNO bimbang pengaruh Wahabi sudah mula
bertapak dalam UMNO dan kerajaan. Sekiranya ini tidak dibendung, maka Malaysia
akan berdepan dengan masalah akidah yang boleh membawa kepada perpecahan ummah
.
"Veteran juga kesal kerana menteri yang
bertanggungjawab dalam hal agama tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung
gerakan 'mewahabikan' Malaysia," katanya yang meminta kerajaan Perlis
mengkaji semula pelantikan Mohd Asri sebagai mufti di negeri itu.
Apakah ini pendirian Veteran UMNO atau Mustapha seorang?
Bimbang pengaruh Wahabi dalam UMNO.
Menteri pusat itu mungkin orang baru atau di
kalangan veteran. Jika dia juga pengikut Wahabi, bagaimana boleh dikekalkan
oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak?
|
Mustapa bagaikan menggunakan sebiji batu untuk ‘membunuh’
beberapa burung, termasuk menteri serta mereka yang bertanggungjawab dalam hal
ehwal Islam di peringkat pusat dan negeri.
Bagaimana dengan Menteri Besar Perlis wahai Mustapha?
Juga bukankah pelantikan Mufti itu dipersetujui oleh istana?
Kenapa serang Mohd Asri dan menteri tetapi tidak menteri
Besar UMNO Perlis dan yang memperkenankan pelantikan berkenaan?
Mustapha turut mendakwa Mufti Perlis itu kini sedang
mengukur pengaruhnya di kalangan orang muda yang akan menentukan kekalahan BN
dalam PRU akan datang.
"Mohd Asri akan menggunakan pengaruhnya untuk
menghasut golongan muda supaya meneruskan demonstrasi sebagaimana dalam
postingnya yang terbaharu menyokong demonstrasi mahasiswa di Sogo yang didokong
oleh DAP.
"Mohd Asri dan gerakan Wahabinya amat berbahaya
kepada negara ini. Membiarkan mereka bererti negara ini mengundang
bencana," katanya.
Menurut Mustapha, Veteran
UMNO turut kesal dengan sikap Mohd Asri yang dilihatnya terus mengkritik
kerajaan pimpinan Najib.
Malah, berkata Mohd Asri turut menyokong gerakan
antikerajaan yang didokong oleh pembangkang.
"Perlakuan mufti ini telah keterlaluan dan tidak
boleh diterima lagi.
Campur tangannya secara terbuka dalam politik dan
pentadbiran kerajaan sudah berlebihan dan menjolok mata.
"Sebagai seorang mufti, beliau sepatutnya tahu
bidang tugas dan tanggungjawabnya.
"Tidak salah dia menegur kepimpinan dengan cara
berhemah sesuai dengan jawatannya. Tetapi bukan secara berterusan campur tangan
sehingga melebihi batas kemuliaan institusi mufti itu," katanya.
Mustapha dipercayai merujuk kenyataan Mohd Asri yang
didakwa menyokong Perhimpunan #Tangkap MO1 anjuran sekumpulan mahasiswa di ibu
kota semalam.
Mufti Perlis itu di laman Facebooknya semalam menulis
"Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara,
tahniah mahasiswa!"
No comments:
Post a Comment