Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, penubuhan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) bertujuan memulihkan demokrasi dan kedaulatan
undang-undang negara.
Usaha itu penting kerana pentadbiran Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak didakwa Dr Mahathir telah menafikan hak undang-undang dan demokrasi di
Malaysia.
"Parti baharu akan memberi perhatian kepada
perubahan pemikiran rakyat Malaysia, dan memulihkan negara," katanya dalam
blognya kelmarin.
Walaupun didakwa demikian, namun usaha untuk melunturkan
UMNO sebagai parti yang mengamalkan demokrasi sama ada melalui pentadbiran dan
perjalanan parti serta sistem pilihan raya yang diamalkan sejak merdeka adalah
sukar digugat.
Malah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Razak yang bertunjangkan kepada kekuatan dan keutuhan UMNO pasti sukar untuk
digoyahkan.
Jika demokrasi dijadikan asas untuk menumpaskan UMNO, ia
suatu usaha yang sukar walaupun mungkin nasib parti-parti yang memperjuangkan
kemerdekaan di negara-negara lain sudah lama berkecai .
Benar, kebanyakan parti seusia UMNO sudah banyak lenyap.
Memang mereka tewas kepada parti baru yang dibentuk selepas kemerdekaan.
Tetapi ia bukan
kerana sebab-sebab tidak mengamalkan demokrasi tetapi akibat isu-isu seperti
penyalahgunakan kuasa, selain pemimpinnya bertindak untuk kepentingan peribadi.
Ia sama sekali tidak ada kena mengena dengan sama ada
parti berkenaan tidak mengamalkan demokrasi atau sistem sesebuah negara
berkenaan tidak lagi demokratik.
Jepun, India, Pakistan, Bangladesh serta beberapa negara
jajahan Britih lain memang mengamalkan demokrasi namun, parti yang memerintah
kini, bukan lagi parti asal ketika negara berkenaan mencapai kemerdekaan.
UMNO dapat bertahan begitu lama kerana menjunjung demokrasi
tetapi dengan sistem yang ada itu ia tidak akan menjamin ketahanannya jika
pemimpin tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas perjuangannya.
Yang menjadi ancaman kepada UMNO ialah apabila
pemimpinnya tidak lagi berfungsi memeperjuangakan kepentingan rakyat sebaliknya
memenuhi selera dan kepentingan pemimpin semata-mata.
Persoalannya apakah Malaysia kini berkedudukan
sedemikian?
Analisis yang dibuat oleh CNBC tidak memberikan harapan
tinggi kepada parti baharu iaitu BERSATU untuk
menjatuhkan UMNO.
Penganalisis politik dan ekonomi – walaupun bimbang
dengan keadaan di Malaysia ketika ini – melihat BERSATU mungkin bukan lawan
digeruni.
Ahli ekonomi di bank pelaburan Natixis, Tringh Nguyen
memberitahu CNBC, kekebalan UMNO ialah kerana penguasaan bersejarah parti itu yang
sekian lama bertapak di Malaysia.
Malah, beliau ragu-ragu dengan kemampuan parti baharu
itu, memandangkan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 91 tahun.
Bukan sahaja usianya lanjut tetapi pengaruh politiknya
juga semakin merosot.
“Tidak mungkin Mahathir boleh meraih sokongan untuk
menjatuhkan (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.
Laporan itu menyatakan landskap politik negara yang
berselerak, khasnya dengan pembangkang yang kelihatan berpecah-belah adalah
satu lagi sebab UMNO akan terus berkuasa.
“Ada banyak cabaran menanti BERSATU, khasnya dengan
pembangkang yang berpecah-belah,” kata Norshahril Saat, felow Iseas-Institut
Yusof-Ishak yang merupakan sebuah kumpulan penyelidikan khusus dalam kajian
Asean.
Norshahril berkata, perbalahan dalaman antara
pembangkang, iaitu PKR, DAP, PAS dan AMANAH turut memperkukuhkan penguasaan
Barisan Nasional.
Bekas setiausaha politik Najib dari 2009 hingga 2011, Oh Ei Sun yang kini felow kanan di Universiti
Teknologi Nanyang, Singapura berkata, BERSATU ditubuhkan hanya untuk
menggulingkan perdana menteri.
Menurut laporan itu, Pakatan Harapan yang terdiri
daripada Amanah, PKR dan DAP tewas dalam dua pilihan raya kecil, baru-baru ini,
manakala satu lagi pakatan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama
menggabungkan beberapa parti pembangkang kecil.
BERSATU pernah menegaskan ia tidak keberatan bersekutu
dengan Pakatan Harapan dan jika itu berlaku, Oh berkata, ia hanya akan lebih
mengelirukan landskap pembangkang.
Saat bagaimanapun berkata, beberapa pakatan itu akan
menjadikan Pilihan Raya Umum 2018 lebih menarik.
“Harapan Mahathir ialah sentimen terhadap kerajaan BN
tidak berubah sejak 2013, apabila lebih separuh rakyat Malaysia mengundi
pembangkang,” katanya.
Kurangnya alternatif berdaya maju buat Najib dan
pertumbuhan ekonomi yang perlahan, Malaysia secara keseluruhannya berada dalam
“survival strategik”, kata Nguyen kepada CNBC.
Beliau berkata, dalam suasana politik huru-hara, wujud
ruang tidak berkembang terhadap ramalan jangka sederhana dan kekurangan
perbincangan untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan seterusnya.
No comments:
Post a Comment