Katakan jika dia bukan anggota parlimen UMNO/Barisan Nasional
Langkawi yang dikatakan mengaitkan 'Malaysian Official 1' (MO1)
dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah?
Katakanlah Datuk Nawawi Ahmad itu rakyat biasa atau pemimpin politik pembangkang
yang ‘mempersendakan’ sedemikian, apa akan berlaku?
Tetapi oleh kerana Nawawi adalah pemimpin UMNO, isu ini cuba disejukkan seberapa yang boleh dan seboleh-bolehnya dielak atau sorok daripada diperbincangkan.
Tidak ada kenyataan dan tidak ada amaran oleh pemimpin
utama parti.
Sehingga ke hari ini pemimpin UMNO mengunci mulut dan
mengelak daripada menyerang Nawawi walaupun jelas dia 'mempersendakan' Agong.
Jika perkataan ‘mempersenda’
seperti dilakukan Nawawi, rasanya sudah pasti akan berduyun-duyunlah pemimpin UMNO
menghentam orang yang membuat kenyataan sedemikian.
Pastinya juga media
perdana serta stesen tv milik kerajaan akan menjadikannya tajuk utama berita
mereka. Mungkin berminggu atau berbulan-bulan dengan follow-up (susulan) yang tidak akan berakhir...
Itulah istimewanya pemimpin UMNO.
Punyalah banyak hak imuniti, walaupun mempersendakan
Agong.
Anehnya juga, selepas agak lama baru polis mengatakan pihaknya akan menyiasat Nawawi selepas ia menjadi
perbahasan di media?
Apa alasan polis untuk siasat kenyataan Nawawi? Kerana
mempersendakan Agong?
Atau hanya kerana ada laporan polis terhadap beliau?
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata kelmarin (
24 Ogos), pihaknya menerima lebih 10 laporan berkaitan kenyataan Nawawi di
Facebooknya.
Bukankah Nawawi sudah menegaskan tidak bercakap mengenai MO1
dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan?
Anina...Polis atau UMNO perlu ambil tindakan. |
Malah, Isnin lalu, Nawawi memohon ampun daripada Agong
berhubung kekeliruan istilah 'Malaysian Official 1' atay 'MO1' di laman
Facebooknya minggu lalu.
Nawawi sebelum ini juga mendakwa kenyataannya disalah
tafsir dan bukan merujuk kepada tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman
(DOJ) Amerika Syarikat.
MO1 adalah individu yang didakwa oleh DOJ menerima
sekurang-kurangnya AS$ 731 juta daripada AS$ 3.5 bilion yang didakwa disalga ahgunakan
daripada 1MDB.
DOJ berkata ia dihalang oleh kaedah-kaedah mahkamah
daripada menamakan pegawai itu dalam saman sivil berkenaan, yang mendorong
spekulasi mengenai identiti sebenar MO1.
Nawawi berkata beliau tidak berniat mengaitkan baginda
tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada
apa yang cuba dinyatakan.
Dalam permohonan maaf kepada Agong Isnin lalu, Nawawi
melahirkan rasa kesal berhubung perkara itu dan berjanji untuk lebih
berhati-hati apabila membuat kenyataan di media sosial pada masa akan datang.
Pertanyaan ialah jika tidak mensasarkan atau mengaitkan
MO1 dengan Yang di-Pertuan Agong kenapa mesti
minta maaf?
Jika tidak bersalah, kenapa mesti minta maaf? Kenapa
ambil risiko dengan berbuat demikian?
Hanya yang bersalah sahaja meminta maaf, kalau tidak
bersalah PEDULI APA!
Apa yang dikatakan olehnya?
Baru-baru ini Nawawi dalam catatan di Facebook mendakwa MO1
tidak lain dan tidak bukan adalah Agong yang juga merupakan ketua negara ini. Posting
itu kemudian disunting untuk membuang rujukan kepada Agong empat jam kemudian,
tetapi menerima kritikan meluas.
Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting
empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu berkata, berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap
kerajaan.
Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting
telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan
(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2,
MO3, atau MO4."
Ekoran kenyataan itu, Majlis Kerabat Diraja Kedah
memberi amaran keras kepada
semua pihak supaya tidak melangkaui batas dengan menarik pihak istana terutama
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, ke kancah politik tanah air.
Amat benar apa yang titimbulkan oleh bekas anggota UMNO
Langkawi Anina Saadudin yang tertanya-tanya apa akan jadi jika anggota DAP
mendakwa Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong.
Anina mengulas permohonan maaf Nawawi kepada Agong atas kenyataannya
mengenai MO1.
"Cuba bayangkan komen itu datang daripada ahli DAP,
isu itu akan dimainkan di TV3, saya rasa tidak kurang satu bulan," katanya
kepadaMalaysiakini.
Oleh itu, Anina berpendapat pihak polis dan UMNO sendiri
mesti mengambil tindakan terhadap Nawawi kerana kenyataan tersebut.
Malah katanya, permohonan maaf Nawawi kepada Agong tidak
mencukupi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah.
"Sultan Kedah adalah sultan di hati rakyat. Baginda
adalah sultan di hati semua rakyat Kedah. Kalau kamu mahu memohon maaf kepada
sultan, kamu juga mesti mohon maaf kepada semua rakyat Kedah,"
katanya.
"Kenyataan itu bersangkut paut dengan perlembagaan.
Kamu kata maaf dan tu sahaja? Sebagai pemimpin kena tunjuk contoh kepada
rakyat. Kalau seorang pemimpin buat silap, cakap maaf dan terlepas. Rakyat
boleh buat benda yang sama dan kemudian mohon maaf.
"Nanti sesiapa saja di jalan akan buat komen
berkaitan Agong dan cuma cakap maaf. Polis mesti ambil tindakan, buka fail dan
siasat," katanya.
Bukit Aman berkata pihaknya menyiasat kes berhubung tindakan ahli parlimen Langkawi
itu dan siasatan kini dibuka bagi
membolehkan tindakan lanjut dilakukan.
Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Terkelas, Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, lapor Berita Harian.
"Siasatan awal, Nawawi mendakwa kenyataannya dimanipulasi tetapi kita serahkan kepada Bukit Aman untuk menyiasat termasuk mengambil keterangannya untuk perhatian peguam negara," kata Zamri dipetik Berita Harian Online.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 20 Ogos lalu mengesahkan pihaknya akan memanggil anggota parlimen Langkawi
itu selepas menerima beberapa laporan mengenai perkara itu dan siasatan akan
dijalankan.
Dalam isu ini, apa yang lebih mengejutkankenyataan itu
datang daripada pemimpin UMNO, sebuah parti yang mendakwa memperjuang Raja-Raja
Melayu tetapi bagaimana seorang pemimpin parti itu bebas daripada tindakan
walaupun ‘mempoersendakan Agong?
No comments:
Post a Comment