Dengan pertarungan politik
mengambil corak baru di Malaysia apabila sekutu bertukar menjadi seteru dan
sebaliknya, seorang pemimpin UMNO merancakkan lagi perbalahan semalam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
Datuk Sharkar Shamsudin mencabar PKR sama ada parti itu berani menentang
keputusan DAP yang mahu membubarkan DUN di Pulau Pinang dan sebaliknya
bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Katanya, jika PKR
mengutamakan masa hadapan dan kepentingan rakyat maka tidak menjadi masalah
untuk parti itu tetap berpegang teguh menolak pilihan raya negeri.
“Politik adalah peluang…
Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) sendiri pernah mengatakan bahawa ‘tiada kawan atau
musuh yang kekal dalam politik’... jadi tidak mustahil PKR bersatu bersama BN
demi kepentingan rakyat di Pulau Pinang.
“PKR boleh menjadi ketua
menteri dan timbalanya daripada UMNO/BN. Walaupun berlainan ideologi namun
perkara ini tidak mustahil sekiranya PKR benar-benar mahu membela nasib rakyat
seperti BN, ” katanya yang dipetik portal UMNO
Online.
Sharkar...perbezaan ideologi |
Menurut Sharkar, walaupun
ada perbezaan ideologi antara kedua-dua parti, kerjasama itu tidak mustahil
jika PKR seperti BN mahu membela nasib rakyat.
“Cuma persoalannya kini
beranikah PKR mahu menentang DAP?” katanya.
Menurut Sharkar kenyataan
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa parti itu belum yakin
dengan cadangan DAP adalah satu langkah untuk membuktikan bahawa mereka juga
mempunyai suara dan bukan hanya boneka kepada parti Cina tersebut.
“Sekiranya DAP tetap mahu
mengadakan pilihan raya negeri, sudah pasti PKR sekali lagi menjadi mangsa agar
kerusi mereka dikorbankan dan diserahkan kepada parti ciptaan DAP iaitu AMANAH.
“Jadi jalan alternatif
untuk PKR adalah untuk bersama UMNO dan BN...
“Sekiranya PKR tidak
berani maka PKR terpaksa terus berhadapan dengan DAP yang pastinya agenda
mereka untuk mengadakan pilihan raya negeri adalah bagi meneruskan legasi Lim,”
katanya lagi.
Susulan keputusan pilihan
raya umum ke-13 pada tahun 2013, DAP menang 19 kerusi, manakala PKR dan BN
masing-masing mempunyai 10 kerusi.
PAS cuma memiliki satu
kerusi dalam DUN Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi.
Cadangan mengadakan
pilihan raya mengejut itu adalah berikutan dua pertuduhan rasuah yang dikenakan
terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
DAP mendakwa bahawa Lim
menjadi mangsa penganiayaan politik dan oleh itu mahu mendapatkan mandat baru.
Walau bagaimanapun, PKR
dilaporkan kuathir akan kehilangan beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu
jika pilihan raya negeri diadakan.
Mari Bergabunglah Bersama MandiriQQ, menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
ReplyDelete1 ID untuk 7 PERMAINAN ( NEW GAME : BANDAR SAKONG!!! )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik dari MandiriQQ..!!
- Bonus TurnOver 0.5% tiap Minggunya
- Bonus Referral 20% Dibagikan Setiap Minggunya.
- Minimal Deposit hanya 20 Ribu
- Minimal Withdraw hanya 50 Ribu
Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi Cs MandiriQQ
PIN BBM : 2BE2B4BA
Line : mandiri_qq
yahoo : mandiriqq@yahoo.com
Link : www.mandirimenang.com
Mari Bergabunglah Bersama MandiriQQ, menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
ReplyDelete1 ID untuk 7 PERMAINAN ( NEW GAME : BANDAR SAKONG!!! )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik dari MandiriQQ..!!
- Bonus TurnOver 0.5% tiap Minggunya
- Bonus Referral 20% Dibagikan Setiap Minggunya.
- Minimal Deposit hanya 20 Ribu
- Minimal Withdraw hanya 50 Ribu
Untuk info lebih lanjut Silahkan hubungi Cs MandiriQQ
PIN BBM : 2BE2B4BA
Line : mandiri_qq
yahoo : mandiriqq@yahoo.com
Link : www.mandirimenang.com