"Jabatan Kehakiman AS tidak membuat pendakwaan dan merampas aset-aset ini adalah kerana ia tidak mempunyai bukti kukuh...tindakan dibuat bersandarkan aduan Sarawak Report dan individu tertentu tentang kecurian."
Kenyataan Datuk MOHD PUAD ZARKASHI anggota Majlis Tertinggi Umno
Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat
kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih
dahulu dan melihat apakah lagi pembohongan yang ingin beliau lakukan.
Sebelum ini, terbukti beberapa kenyataan beliau berkaitan
1MDB bukan saja
ternyata dangkal tetapi sarat dengan pembohongan.
Kenyataan terbaru beliau berkaitan Jabatan Kehakiman AS
menunjukkan bahawa beliau tidak memahami
proses undang-undang yang sedang berlaku dan masih mahu membohongi rakyat.
1.
Muhyiddin berbohong apabila menuduh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil serius mengenai kenyataan Jabatan Kehakiman
AS ini. Jelas perdana menteri dalam kenyataannya telah menegaskan
bahawa kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan Jabatan Kehakiman AS ini dan
akan memberikan kerjasama penuh jika diminta.
Bagaimanapun, pendirian Malaysia adalah jelas bahawa
proses undang-undang mesti dihormati. Biarlah tindakan saman sivil ini melalui
proses yang sepatutnya dan setiap pihak yang dinamakan wajar diberi peluang
membela diri dalam perbicaraan yang adil sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
2. Muhyiddin juga
berbohong apabila mendakwa bahawa tindakan saman sivil ini adalah "bukti
penipuan pihak yang dinamakan dan mereka mencuri duit 1MDB."
Muhyiddin gagal memahami kenapa Jabatan Kehakiman AS
tidak mendakwa semua penama yang terbabit dan merampas setiap aset yang
disenaraikan, sebaliknya hanya membuat saman sivil.
Sebenarnya perkara ini telah diulas oleh ramai pengamal
undang-undang dan mereka menjelaskan bahawa antara sebab utama kenapa Jabatan Kehakiman
AS tidak membuat pendakwaan dan merampas aset-aset ini adalah kerana ia tidak
mempunyai bukti kukuh.
Kes ini juga sedikit pelik kerana tindakan dibuat bersandarkan aduan Sarawak
Report dan individu tertentu tentang kecurian.
Bagaimanapun sejak hari pertama lagi, pihak yang didakwa
menjadi mangsa kecurian ini, iaitu 1MDB telah menafikan bahawa wang mereka
telah dicuri dan mereka telah membuktikannya dengan dokuken-dokumen berkaitan
dan penyata kewangan diaudit.
Muhyiddin mendakwa terdapat kehilangan berbilion ringgit
dari 1MDB
sedangkan pada waktu yang sama 1MDB berulang kali menyatakan bahawa tiada bukti
wang dalam kawalannya yang hilang.
Jika ada pertikaian sekalipun, ia hanya melibatkan wang
yang berada di dalam kawalan syarikat IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi yang
kini menjadi kes arbitrari.
3.
Muhyiddin
mendakwa apa yang terkandung dalam laporan Jabatan Kehakiman adalah
"penemuan pasukan penyiasat AS", sedangkan ia bukan penemuan
sebaliknya hanya syak wasangka berdasarkan aduan yang dilaporkan kepada mereka.
Atas sebab itu sehingga kini Jabatan Kehakiman AS tidak mampu untuk membuat
pendakwaan menggunakan prosiding jenayah biasa dan tiada sebarang pihak dalam
kalangan penama yang didakwa.
4.
Pelik apabila Muhyiddin mahu kerajaan Malaysia mengambil
tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas MALAYSIAN OFFICIAL 1,
Reza Aziz, Jho Lo dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan
Peguam Negara AS hanya berdasarkan kenyataan Jabatan Kehakiman AS.
Soalan yang perlu ditanya kepada Muhyiddin adalah apakah asas untuk
kerajaan mengambil tindakan? Jabatan Kehakiman AS sendiri belum benar-benar
pasti mengenai dakwaan mereka kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Dalam saman sivil ini tiada penama-penama yang didakwa atas
kesalahan jenayah. Bagaimanakah Muhyiddin pula mahu kerajaan Malaysia mengambil
tindakan segera semata-mata kerana kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini? Adakah
kemahuan Muhyiddin ini masuk akal dan mengikut lunas undang-undang?
Kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini sama sekali
berbeza dengan kes skandal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam kes Lim Guan Eng, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan beliau terlibat
dalam salah laku.
Bukan saja siasatan telah dibuat malah Lim Guan Eng juga
telah didakwa di mahkamah.
Tidak pernah pula kita mendengar Muhyiddin bercakap
mengenai hal yang lebih nyata seperti ini. Sikap double standard dan
berdendam Muhyiddin amat jelas dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment