Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau
akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu
negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam
mahupun luar negara.
"Tidak ada apa-apa, semua macam biasa... saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun perdana menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelbagai cabaran dan tekanan yang beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1MDB yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Beliau ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan semalam.

Kira-kira 50,000 tetamu pelbagai kaum termasuk dari Terengganu dan Kuala Lumpur menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Najib bersama Rosmah melambai tetamu yang hadir dalam majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan 2016 di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam. |
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, timbalan ketua Umno bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Mengulas tentang majlis berkenaan, Najib berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis rumah terbuka itu jelas membayangkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.
"Terima kasih kerana telah beri sokongan yang baik selama ini. Memang hubungan saya dengan pengundi Pekan khasnya amat erat dan baik, kalau tidak mereka tidak mungkin akan datang.
"Rumah terbuka ini juga satu daripada cara saya untuk beramah mesra dengan kebanyakan mereka yang jarang saya jumpa," kata Najib.
Di majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk nasi arab, kambing bakar, puding raja, dan sate di 165 gerai yang disediakan di kawasan itu.
Sebanyak 3,000 batang lemang dan 5,000 biji ketupat yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat di Parlimen Pekan disajikan kepada tetamu.
Najib bersama isteri memotong pulut kuning sempena harijadi Perdana Menteri. |
Paling istimewa, mereka turut berpeluang mendengar persembahan nyanyian Tengku Abdullah dengan dendangan lagu 'Butakah Cinta' yang dipopularkan oleh kumpulan Spring.
Tengku Abdullah yang menyambut ulang tahun ke-57
keputeraan pada hari ini, juga diberi kejutan dengan acara memotong kek serta
nyanyian lagu ulang tahun kelahiran oleh para tetamu.
Di majlis itu, Najib meraikan 100 bakal haji dari Parlimen Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Terdahulu, perdana menteria bertemu dan menyampaikan amanat kepada pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia di majlis yang diadakan secara tertutup di Ancasa Royale di Pekan.
Ketibaan Najib pada pukul 10.05 pagi disambut pengerusi biro IT Umno, Datuk Ahmad Maslan dan beliau berada kira-kira 30 minit untuk bersama-sama dengan perwakilan yang menghadiri pemukiman itu.

No comments:
Post a Comment