Berbicara mengenai rancangan parti baru, bekas timbalan
presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyamakan parti pemerintah tersebut
sebagai 'kereta rosak yang perlu diganti'.
"UMNO sekarang seperti kereta buruk, bila baiki
rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah," ujar beliau, memetik
laporan Sinar Harian, semalam.
"Nak baiki macam mana lagi UMNO ini? Nak pinda
perlembagaan? " tanya beliau.
Menurut Muhyiddin, beliau bersama-sama bekas perdana
menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan jawatankuasa
perlembagaan parti, namun, tiada apa yang telah berubah.
"Tapi tak berubah, macam itu lah juga UMNO, lebih
lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak
bertanggungjawab," jelasnya, menurut laporan akhbar berbahasa Melayu itu.
UMNO akhirnya memecat Muhyiddin bulan lalu selepas dia
berulang kali mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung
skandal 1MDB.
Terdahulu, beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana
menteri dalam tindakan drastik yang turut menyaksikan tempat Peguam Negara, Tan
Sri Abdul Gani Patail digantikan dan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB
dibubarkan.
Sejak pemecatannya dari parti pemerintah, Muhyiddin
bersama-sama dengan Mahathir telah beralih platform kepada pakatan pembangkang
untuk menangani Barisan Nasional.
Semalam, Muhyiddin menyertai bekas musuhnya, PKR untuk
memulakan kempen menjelaskan kepada umum mengenai skandal 1MDB bagi
meningkatkan kefahaman awam mengenainya.
No comments:
Post a Comment