Selepas berdiam seketika akibat dibelanggu siasatan ‘rasuah
penajaan bolasepak’, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membuat
penampilan semula dengan pengumuman untuk perjelas beza 1MDB dan isu
forex.
UMNO dan BN akan mula menggerakkan jentera penerangan bagi
menjelaskan secara terperinci keputusan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas
bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia
pada 1990-an.
Penerangan di seluruh negara itu, menurut Annuar perlu dibuat memandangkan pada
ketika ini terdapat pihak yang cuba membandingkannya dengan isu 1MDB yang
disifatkkannya sebagai tidak relevan.
"Kenapa ia ditubuhkan jawatankuasa (pasukan petugas khas)
ini, kenapa tidak 1MDB. Ini akan dijelaskan (dalam jelajah). Kehilangan wang
(dalam skandal Forex) sebenarnya tidak disiasat sebagai laporan kehilangan
sebenar wang kerajaan.
"Skandal ini membabitkan dana kerajaan dan ia jelas berbeza
dengan keadaan dalam 1MDB, yang guna RM1 juta dana kerajaan (dana awal 1MDB).
1MDB juga entiti yang sudah melalui siasatan dan ia hanya sebuah
syarikat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di PWTC.
Anggota Parlimen Ketereh itu berkata, skandal forex jelas merupaan
satu bentuk kehilangan sebenar dana rakyat manakala pasukan khas itu akan
menerangkan secara terperinci mengenai perkara itu.
Annuar, bagaimanapun, menafikan sesi penerangan ini adalah pecutan
akhir sebelum menuju pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah, jelasnya, ia adalah perkara yang perlu di jelaskan tanpa
mengira bila PRU akan diadakan.
Berikutan itu, mulai 25 Februari ini Biro Penerangan UMNO akan
memulakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menangkis dakwaan dan isu-isu
yang dibangkitkan pembangkang, termasuk kerugian urus niaga mata wang asing
Bank Negara Malaysia.
Bagaimanapun, program itu bukanlah suatu 'pecutan' akhir parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menepis tanggapan bahawa ia pecutan akhir, Ketua Penerangan UMNO itu berpendapat, politik adalah maraton jarak jauh, bukan larian 100 meter.
Bagaimanapun, program itu bukanlah suatu 'pecutan' akhir parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menepis tanggapan bahawa ia pecutan akhir, Ketua Penerangan UMNO itu berpendapat, politik adalah maraton jarak jauh, bukan larian 100 meter.
“Jadi belum sampai tahap pecutan akhir. Tapi apa yang penting
adalah kesiapsiagaan kita berada di tahap terbaik sepanjang masa," katanya.
Pada masa sama beliau turut mengunci mulut mengenai jangkaan
tarikh PRU-14.
"Itu kena tanya Perdana Menteri. Apa yang pasti pilihan raya umum sebelum pertengahan 2018 mengikut Perlembagaan negara," katanya dalam nada berseloroh.
"Itu kena tanya Perdana Menteri. Apa yang pasti pilihan raya umum sebelum pertengahan 2018 mengikut Perlembagaan negara," katanya dalam nada berseloroh.
Anuuar menjelaskan, sesi penerangan pertama akan bermula pada 25
Februari ini di Parlimen Hulu Selangor sebelum bergerak ke kawasan lain,
tambahnya.
"Penerangan di kawasan negeri pula akan bermula pada 1 Mac
ini membabitkan kerjasama dari semua pucuk pimpinan dan pemimpin akar
umbi," katanya lagi.
Jelasnya, jawatankuasa penerangan UMNO juga kini memfokuskan kepada
tiga gerakan intensif penerangan iaitu melalui ceramah bersemuka di pelbagai
peringkat, penyebaran maklumat melalui media elektronik dan cetak serta media
baru.
Kabinet baru-baru ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas
untuk menjalankan siasatan awal mengenai kerugian urus niaga forex itu.
No comments:
Post a Comment