Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyindir sikap seorang ahli politik veteran
yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baginda juga membidas
keras dua menteri besarnya sebelum ini serta seorang menteri pusat. Dua bekas menteri besar itu didakwa angkuh, sombong dan hanya
mengikut telunjuk kerajaan pusat.
Dua menteri besar sebelum ini ialah Datuk Ghani Othman
dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua menteri besar yang mentadbir Johor sebelum ini adalah
Tan Sri Abdul Ghani Othman (1995-2013) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (1986-1995)
yang kini memimpin parti pembangkang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Mengulas lanjut tentang hubungan persekutuan dan negeri,
Sultan Johor berpesan kepada pemimpin persekutuan agar tidak lupa dengan hak
dan peranan dimainkan negeri.
Titah itu disampaikan ketika merasmikan Galeri Darurat
Bukit Kepong di Muar, dalam kawasan parlimen Pagoh, yang merupakan kubu kuat
Muhyiddin.
Sultan Johor bertitiah: "Dahulu, dia (ahli politik
dari negeri lain) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri
menunjukkan sifat pelupanya.
"Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh
duduk semeja menjadi kawan rapat.
"Dulu dia kata media barat suka buat cerita tapi
sekarang cerita media barat dikatanya fakta.
"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk
akibat faktor usia," titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri
Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong, Muar semalam.
Galeri Darurat Bukit Kepong setinggi dua tingkat itu yang
menelan kos RM11.5 juta siap dibina pada akhir tahun lalu.
Dalam titahnya, walaupun tidak menyebut nama, baginda
menyindir mungkin 'orang luar' ini telah lupa yang zamannya telah berlalu.
Mengenai dua
menteri besarnya sebelum ini yang didakwa angkuh, sombong Sultan Ibrahim menegaskan,
kejayaan yang dicapai di Johor kini adalah kerana adanya hubungan yang baik
antara beliau dengan menteri besar sekarang.
“... bukan seperti dua menteri besar yang dahulu, yang
angkuh dan sombong dan hanya mengikut telunjuk kerajaan persekutuan,” titah
baginda.
Titah Baginda lagi, pembangunan negeri Johor amat berbeza
jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu.
Baginda berharap supaya rakyat jelata bersama-samanya
mempertahankan Johor dan tidak menoleh ke belakang.
“Dari kecil lagi saya telah di didik untuk menjaga negeri
Johor. Saya tahu apa yang terbaik untuk negeri saya. Tak akan saya hendak
aniaya rakyat saya sendiri,” titahnya.
Mengenai 'orang luar' itu, Baginda mengingatkan supaya jangan mencampuri urusan orang lain. "Nasihat
saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh
siang berterusan.
"Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik
betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak," titah baginda.
Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda juga
akan turun takhta apabila usia meningkat dan tiada lagi kudrat untuk
memerintah.
"Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja
baharu yang memerintah.
"Terimalah raja baharu dan ikut perintah dia. Jangan
nanti saya di hantar ke rumah orang tua sudahlah," titah baginda.
Sebelum ini, Sultan Ibrahim dengan lantang mengkritik Dr
Mahathir susulan serangan berterusan bekas perdana menteri itu terhadap projek
pembangunan di Johor membabitkan syarikat China.
Titah baginda, Dr Mahathir didakwa cuba mencipta
ketakutan dengan menggunakan isu perkauman yang menjejaskan emosi rakyat Johor
untuk memenuhi motif politiknya.
Sultan Ibrahim turut menempelak “menteri persekutuan yang
kurang bijak” yang mahu menjadikan kawasan negeri sebagai wilayah persekutuan.
“Pemimpin berfikiran sempit seperti inilah yang akan
meretakkan hubungan antara negeri dan persekutuan, dan menimbulkan rasa
kebencian rakyat terhadap kerajaan,” katanya.
Cadangan tersebut dikecam pelbagai pihak, antaranya Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyifatkannya sebagai “tidak masuk
akal” dan bersifat hasutan.
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jack Blessing, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (jackblessingfirm@gmail.com)
ReplyDelete