Wednesday, November 16, 2016

Jamal, Annuar Memang ‘Tidak Ada Otak’ Untuk Patuhi Arahan...


Dalam isu Bersih5, Tan Sri Annuar Musa tidak jauh taraf pemikirannya dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,  Datuk Jamal Yunos.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu nyata sekali tidak cuba menyeru dan menghalang ahli UMNO menyertai Baju Merah untuk menentang BERSIH5, Sabtu ini.

Beliau melepaskan tangan dengan mengatakan “semua di peringkat peribadi dan bukan organisasi” dan tidak boleh menghalang ahlinya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkata tidak ada peraturan untuk menghalang ahlinya menyertai perhimpunan itu.

Walaupun tidak ada peraturan, pemimpin tinggi UMNO sewajarnya berusaha menghalang dengan meminta ahli menjauhi Bersih5 dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

Namun, kenyataan Annuar  jelas sebaliknya.

“Kami tidak menghalang mereka. Kita terus-terang, kebanyakan ahli UMNO  tidak suka dengan BERSIH dan ada yang sudah tentu mahu menyertai Baju Merah,” katanya.


“Beritahu saya bagaimana UMNO  boleh halang ahlinya jika mereka hendak pergi. Beritahu saya bagaimana. Jika polis tidak boleh halang mereka, anda rasa UMNO boleh buat begitu?,” soalnya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat semalam.

Jamal pula diingatkan  supaya tidak menjadi jaguh dengan mengadakan perhimpunan balas terhadap Bersih5, pada Sabtu ini.

Provokasi amat berbahaya dan tidak baik untuk negara kerana ia hanya akan menghuru-harakan Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju sekali lagi memberi kata dua kepada musuh ketatnya, dengan mengatakan rakyat Malaysia ada 30 juta, yang nak buat hal hanyalah tidak sampai  lima peratus daripada kuning dan merah untuk menghuru-harakan negara.

Ali Tinju...Jamal jangan tunjuk jaguh.
“Sebagai rakan, kita dah tulis dalam Facebook. Kalau diaada otak, dia ikut arahan ketua polis negaralahDia jangan anggap dia dapat duit daripada politik, dia nak tunjuk jaguh di Malaysia ini.

So,  saya harap Jamal ni janganlah keterlaluan. Patuh arahan ketua polis negara, saya rasa benda ini akan selesai,” katanya sebelum membuat laporan polis terhadap gerakan Baju Merah dan Bersih 5 di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, semalam.

Mei lalu, kedua-dua lelaki itu bercakaran sesama sendiri, apabila Jamal menyifatkan Ali Tinju tidak setaraf dengannya, selepas mendakwa BN akan kalah besar jika Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

PRK itu susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Bersih dijadual mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu depan bagi menuntut pembaharuan politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jamal berjanji akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.

Malah pemimpin gerakan Baju Merah itu menegaskan beliau tidak dapat menjamin tindakan pengikutnya yang 'lapar' semasa perhimpunan BERSIH5 pada Sabtu ini.

“Saya tidak pasti terhadap penyokong saya kerana siapa yang hadir pada hari itu, saya tidak sediakan makanan. Pasti yang datang pada hari itu, lapar,” katanya pada sidang akhbar di luar bangunan PWTC di Kuala Lumpur.

Kenyataan Jamal menggunakan perkataan 'lapar' itu mengundang pelbagai teka-teki  yang dibimbangi akan menjadi keadaan tidak tenteram di bandaraya Sabtu ini.

Jamal turut mengulangi bahawa gerakan Baju Merah akan mematuhi perancangan mereka untuk menghalang penyokong BERSIH daripada berhimpun, berucap, menyebarkan pembohongan dan akhirnya menyemai kebencian terhadap kerajaan.

Ketua Polis Negara beri amaran...
Bagi dirinya, Jamal berkata beliau berharap akan bertembung dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tony Pua, serta juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari berkenaan.

Ketika ditanya mengenai rancangan Sabtu ini, Jamal hanya mengulangi bahawa Baju Merah akan berada di mana sahaja penyokong BERSIH berkumpul.

"Saya tidak akan beritahu. Ini strategi kami. Kami tidak boleh dedahkan lebih awal.

"Kami tidak akan benarkan BERSIH melakukan apa yang kita anggap sebagai pembohongan, fitnah dan lain-lain," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada peserta himpunan Bersih5 dan Baju Merah tidak menyalahkan polis jika bertindak terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang dalam perhimpunan haram lusa.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak menggunakan semburan air dan pepperball untuk menyuraikan peserta perhimpunan itu.
Annuar pula sebelum ini berkata salah untuk mendakwa UMNO  menjadi dalang gerakan Baju Merah, yang terdahulu dilaporkan bersikap agresif terhadap penyokong Bersih 2.0

Beliau berkata tidak adil untuk menyamakan sikap sedemikian dengan parti hanya kerana beberapa individu bertindak agresif.


Himpunan Bersih5 dijadual diadakan Sabtu ini di jalanan sekitar Kuala Lumpur, dengan penyokong Bersih 2.0 akan mula berarak di Masjid Jamek.

No comments:

Post a Comment