Ahli UMNO diingatkan supaya berwaspada dengan kehadiran
musuh baharu politik yang bersembunyi menerusi platform digital.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
berkata, parti itu kini bukan sahaja berhadapan musuh tradisi yang boleh
dibezakan dengan lambang politik sebaliknya turut diancam pihak yang
menyembunyikan identiti sebenar mereka.
"Musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan ini
wujud tanpa kita sedari melalui platform dan gajet IT (teknologi maklumat).
"Kita perlu berhati-hati dan berwaspada kerana
penanaman bibit-bibit ke arah mewujudkan komunKuala Lumpur semalam.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan
Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016 pada Selasa malam.
Selain itu, menerusi ucapan yang bertemakan ‘Dasawarsa
Politik Mencabar’, Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas timbalan presiden UMNO
berkata, kehadiran komuniti pembangkang baharu itu dapat dirasai dengan jelas
menerusi alam maya.
"Abad ke-21 ternyata telah mengubah landskap
pembangkang kepada wujudnya suatu kelompok kepembangkangan, yang berpaksikan
kepada dunia digital.
"Kita tidak nampak mereka secara jelas, tetapi kita
dapat merasai kehadiran golongan kepembangkangan ini menerusi alam maya,”
katanya.
Sehubungan itu, katanya, ahli UMNO juga tidak boleh
ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat bagi menangkis tohmahan yang
dilemparkan kepada parti.
"Saya ingin menggagaskan kepada ahli-ahli sayap UMNO
supaya bijak menguasai ruang siber atau cyberspace secara serius dalam
menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan dari pihak seteru
politik kita.
"Kita perlu keluar dari kepompong lama yang hanya
pandai melihat dan memadam api, sebaliknya kita perlu proaktif mencari
kelemahan pihak lawan dengan peluru-peluru fakta yang boleh menyedar dan
menyakinkan khalayak,” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid menggesa gerakan cybertrooper UMNO
supaya bersatu merancang strategi bagi menentang musuh baharu berkenaan.
"Angkatan cybertrooper perlu bersatu dalam menyusun
strategi menentang musuh, bukannya sering berbalah sesama sendiri.
"Malah, saya tahu terdapat di kalangan mereka
terjebak dengan agenda mempromosikan saudagar-saudagar politik yang
menjenamakan tokoh-tokoh tertentu. Seharusnya kita perlu mencari titik
pertemuan dan penyatuan pemikiran dan mengenepikan jurang perbezaan,” katanya.
Ramai juga dalam UMNO yang senyap-senyap begitu.
ReplyDelete