Penahanan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Seri Jamal Yunos berkaitan tindakan
kumpulan anti-Bersih di Teluk Intan dan Sabak Bernam.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri
Mohmad Salleh mengesahkan
Jamal ditahan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
di Sepang pagi Rabu.
Jamal ditahan bagi membantu siasatan berkaitan perlakuan
ganas yang berlaku di Teluk Intan dan Sabak Bernam melibatkan penyokong
anti-Bersih.
"Kedua-dua insiden berlaku ketika konvoi Bersih,"
katanya.
Ketika
dihubungi Jamal berkata, dia ditahan pada kira-kira pukul 8.30 pagi sebaik tiba dari
Dubai.
Ketika dihubungi, beliau dalam perjalanan ke balai polis Dang
Wangi dan tidak tahu punca penahanannya.
Pada 11 Oktober lalu, laporan polis terhadap Jamal dibuat
kerana kenyataan di laman sosial Facebook yang berbau ugutan mengenai rusuhan
kaum 13 Mei akan berulang.
Beliau bagaimanapun menafikan memuatnaik kenyataan itu
dan mendakwa ia dari akaun palsu.
Laporan awal menyebut, Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Ketika dihubungi mStar Online, Jamal
yang baru pulang dari London dan dalam perjalanan ke balai polis berkata,
anggota polis yang bersiap sedia di KLIA 'menjemput'nya di pesawat.
"Saya 'dijemput' dari dalam kapal terbang. Penahanan
ini dilakukan di lapangan terbang, saya bukan nak melarikan diri. Selepas
hantar keluarga balik saya boleh datang ke balai polis," katanya kira-kira
sejam selepas ditahan.
Setiausaha Jamal, Durrany Izam, mengesahkan Jamal
ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Satu sidang akhbar dijadual diadakan di luar balai polis pada
jam 10 pagi dan Jamal akan bercakap kepada media jika dia keluar pada masa itu.
"Jika tidak, saya akan mengadakan sidang akhbar itu," kata Durrany
kepada Malaysiakini.
Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk
merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi
BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut
mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung
posting dakwaan amaran tentang ‘rusuhan 13 Mei’ jika perhimpunan BERSIH 5
diteruskan.
Jamal berkata, sebelum ini beliau telah memaklumkan
bahawa beliau sendiri akan berhubung dengan pihak polis sebaik pulang ke
Malaysia.
"Mereka (polis) tak ada hubungi saya tapi saya ada
maklumkan akan datang ke balai.
"Saya kesal kerana ditangkap di depan keluarga,
anak-anak dan orang rumah saya. Setabah mana pun keluarga kita, mereka pasti
akan tersentuh perasaan," katanya yang berada di London selama seminggu
atas urusan perniagaan.
Jamal
berkata beliau masih belum pasti punca penahanannya.
Katanya, setakat ini beliau hanya dimaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Katanya, setakat ini beliau hanya dimaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Saya pun tak tahu, mungkin ada kena-mengena dengan
perhimpunan Bersih yang kita tentang," katanya.
Jamal kemudian mengatakan akur dengan tindakan pihak
polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment