Pengumuman itu dibuat pada ketika Setiausaha Agung Umno,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkataUMNO tidak bimbang ada yang
berpaling menyertai parti yang baru ditubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU).
Kumpulan itu diketuai oleh bekas ahli exconya Mohd Rafiq
Naizamohideen, yang sebelum ini mengecam apa yang disifatkannya sebagai
tindakan "terpilih" selepas beliau digantung keahliannya kerana
dikatakan cuba mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, melalui program Bicara Negarawan yang dicadang dianjurkan di Melaka pada tahun lalu..
Tengku Adnan ditanya mengenai sekumpulan pemimpin UMNO yang mengumumkan untuk menyertai BERSATU lewat hari ini dalam satu majlis di
Ampang mengatakan UMNO tak bimbang ada berpaling ke 'Parti Pecah Melayu Bhd'
BERSATU adalah parti serpihan yang ditubuhkan oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bekas timbalan perdana menteri
yang dipecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir.
Mereka adalah pengkritik lantang Najib dan 1MDB sejak
tahun lepas.
"Kami tak bimbang. Ezam Mohd Nor (sertai BERSATU), kami
tak bimbang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program
Putrajaya Community Ride di Putrajaya hari ini.
Ezam Mohd Nor adalah bekas senator yang mengumumkan
hasrat untuk keluar UMNO awal bulan ini dan pada hari Khamis lalu berkata
beliau telah memohon untuk menyertai BERSATU.
Pada sidang media yang diketuai oleh bekas exco Pemuda
UMNO Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen di sebuah hotel di Ampang petang ini,
kumpulan 30 pemimpin itu berkata mereka tindakan mereka berkuatkuasa serta
merta.
"Kami bersetuju dan bersedia keluar UMNO berkuatkuasa serta merta.
Mohd Rafiq...ramai hilang keyakinan. |
"Walau berat tapi yakin ramai yang hilang keyakinan
dan barisan kepimpinan yang sebelum ini kami pertahankan sehingga hujung nyawa.
"Kerana apa kami buat, kerana matlamat perjuangan
UMNO tak letak rakyat keutamaan, tetapi membenarkan, menyokong kemungkaran
dan salah guna kuasa berleluasa di Malaysia," katanya dalam sidang
media di Hotel De Palma Ampang sebentar tadi.
Mohd Rafiq turut mendakwa, selain pemimpin UMNO terdapat 150 anggota UMNO lain yang turut menyertai keluar parti pada hari
ini.
Katanya, UMNO kini telah lari daripada perjuangan dan
dirosakkan oleh kepimpinan parti yang tidak bertanggungjawab.
“Kami semua sependapat bahawa UMNO hari ini sudah pun
tersasar daripada perjuangan asalnya.
"Imej UMNO dan kerajaan Malaysia yang ditunjangi
oleh Barisan Nasional telah tercemar dengan teruknya susulan daripada pelbagai
skandal dan isu-isu besar yang dikaitkan dengan kepimpinan tertinggi UMNO,”
katanya.
Malah katanya, Lembaga Disiplin UMNO kini dilihat menjadi
alat bagi menyekat kemaraan karier politik mana-mana pemimpin tertentu dan
tindakan yang diambil berdasarkan pilih kasih serta mengikut kepentingan
politik pimpinan.
“Sebelum ini terdapat pemimpin yang didapati bersalah
dalam Lembaga Disiplin UMNO atas kesalahan politik wang dalam pemilihan UMNO lepas tetapi hanya diberi amaran atau dihalang bertanding.
“Mereka yang terlibat dalam rasuah politik ini dilantik dan
dikekalkan sebagai barisan menteri di pelbagai peringkat,” katanya.
Tengku Adnan menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai hak
pemimpin Pemuda UMNO itu untuk keluar parti itu dan menyertai mana-mana parti
yang mereka pilih.
"Ya, ia adalah haknya. Anda tahu bahawa PPBM
(BERSATU), Parti Pecah Melayu Berhad, Parti Pemecah Melayu Bersatu atau apa
sahaja yang anda memanggilnya, ini adalah mereka yang mungkin tidak puas hati,
yang tidak dapat apa sahaja yang mereka mahu dalam Umno," katanya .
Menurutnya, mereka meninggalkan parti, tetapi akhirnya,
rakyat tahu bahawa BN yang merupakan gabungan pelbagai kaum, yang akan
menyediakan dan berkhidmat kepada rakyat untuk kebaikan negara ini.
Sementara itu, Rafiq turut mengulas kenyataan Tengku Adnan yang
mendakwa ramai bekas anggota UMNO merayu untuk kembali ke pangkuan
parti berkenaan.
“Katalah ada ribuan ahli UMNO yang dah dipecat merayu
masuk UMNO, saya cabar dia senaraikan sebab dia janji nak bagi senarai.
“Tolong tunjuk berapa juta, berapa puluh ribu yang kena
pecat ni. Tapi kami semua memang tak nak masuk balik,” katanya sambil disahut
sorakan mereka yang hadir.
Terdahulu Rafiq digantung sebagai anggota UMNO selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda UMNO juga digugurkan.
No comments:
Post a Comment