UMNO sebagai 'pelindung Melayu dan Bumiputera' sewajarnya tidak terlepas pandang isu pemilikan rumah, terutama Melayu di bandar.
Sewajarnya pada mesyuarat Bahagian UMNO yang berlangsung sebelum ini dan ketika ini mengambil isu ini sama penting dengan usul menyokong kepimpinan parti itu.
Tidaklah perlu melalak isu penubuhan parti baru atau kenapa orang itu kini di sebelah sana dan tidak lagi bersama UMNO sebaliknya isu utama yang membelenggu ramai ahli UMNO terbiar begitu sahaja.
Adalah amat berguna jika pemimpin UMNO melalak dengan mendesak kerajaan sama ada kerajaan negeri mahu pun persekutuan, memperkenalkan harga siling sesuatu harta tanah untuk mengawal harganya yang makin meningkat dari tahun ke tahun.
Dasar itu juga sewajarnya diperluas untuk kesemua jenis hartanah kediaman di semua negeri tersebut dan bukannya sekadar terhad untuk unit pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (Sovo).
Melalui dasar itu, dilaporkan pemaju diwajibkan membina 10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000 berbanding harga jualan hartanah SOHO dan pejabat maya Sovo yang kini melebihi RM450,000 hingga RM500,000.
Menurut Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), walaupun melalui dasar itu kerajaan negeri telah “menghapuskan” diskaun 10 peratus pembelian harta tanah untuk bumiputera, ia dilihat tidak akan memberikan kesan terhadap pemilikan harta tanah oleh bumiputera.
Tiada guna menawarkan diskaun kepada bumiputera sedangkan harga jualan asal harta tanah yang ditawarkan oleh pemaju sejak daripada awal lagi memang tidak mampu dimiliki oleh golongan tersebut, khususnya belia.
Isu pemlikan rumah dan harga yang semakin melambung seharusnya menjadi isu utama UMNo ketika ini, apalagi jika parti mahu mendapat perhatian daripada golongan muda.
Soal pemilikan rumah di kalangan graduan yang baharu mendapat pekerjaan sewajarnya menjadi topik perbincangan pada mesyuarat Bahagian UMNO, bukannya isu siapa perlu dipertahankan atau siapa yang perlu 'diserang'.
Usul mengekalkan ketua-ketua UMNO tidak berguna jika UMNO ditolak oleh golongan muda dan belia yang melihat parti itu tidak memperjuangkan kepentingan mereka - termasuk isu pemilikan rumah yang tersangat penting ini.
Persoalannya bagaimana jika harga jualan asal untuk sesuatu harta tanah pun sudah melebihi RM500,000, jika diskaun 10 peratus ditawarkan kepada bumiputera sekalipun, apakah ia memberi kesan kepada pemilikan rumah untuk Bumiputera?
Jawapannya, ia tetap tidak mampu dimiliki golongan bumiputera berpendapatan sederhana.
Akhirnya apabila tiada golongan bumiputera yang mampu membeli, harta tanah tersebut akan ditawarkan kepada golongan bukan bumiputer. Salah siapa?
Untuk lebih jelas mengenai isu diskaun rumah Bumiputera, baca apa pendapat Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).
Kenapa diskaun rumah bumiputera tak berguna
Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) melihat
polisi baru kerajaan negeri Selangor yang mewajibkan pemaju membina unit mampu
milik dalam setiap pembinaan pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan
Sovo (pejabat maya di rumah) sebagai langkah ke arah perlaksanaan kawalan harga
rumah.
Polisi tersebut selari dengan cadangan HartaGuam sebelum
ini yang mahukan kerajaan sama ada kerajaan negeri mahu pun persekutuan,
memperkenalkan harga siling sesuatu harta tanah untuk mengawal harganya yang
makin meningkat dari tahun ke tahun.
Dasar itu juga sewajarnya diperluas untuk kesemua jenis
hartanah kediaman di negeri tersebut dan bukannya sekadar terhad untuk unit
pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo sahaja.
Melalui dasar itu, dilaporkan pemaju diwajibkan membina
10 hingga 20 peratus unit mampu milik pada harga RM230,000 hingga RM270,000
berbanding harga jualan hartanah SOHO dan Sovo yang kini melebihi RM450,000
hingga RM500,000.
Walaupun melalui dasar itu kerajaan negeri telah
“menghapuskan” diskaun 10 peratus pembelian harta tanah untuk bumiputera, ia
dilihat tidak akan memberikan kesan terhadap pemilikan harta tanah oleh
bumiputera.
Tiada guna menawarkan diskaun kepada bumiputera sedangkan
harga jualan asal harta tanah yang ditawarkan oleh pemaju sejak daripada awal
lagi memang tidak mampu dimiliki oleh golongan tersebut, khususnya belia.
Perlu perincian
Misalnya, jika harga jualan asal untuk sesuatu harta tanah pun sudah melebihi RM500,000, jika diskaun 10 peratus ditawarkan kepada bumiputera sekalipun, ia tetap tidak mampu dimiliki golongan bumiputera berpendapatan sederhana.
Akhirnya apabila tiada golongan bumiputera yang mampu membeli, harta tanah tersebut akan ditawarkan kepada golongan bukan bumiputera.
Misalnya, jika harga jualan asal untuk sesuatu harta tanah pun sudah melebihi RM500,000, jika diskaun 10 peratus ditawarkan kepada bumiputera sekalipun, ia tetap tidak mampu dimiliki golongan bumiputera berpendapatan sederhana.
Akhirnya apabila tiada golongan bumiputera yang mampu membeli, harta tanah tersebut akan ditawarkan kepada golongan bukan bumiputera.
Sebaliknya, menetapkan harga siling untuk bumiputera bagi
sesuatu projek perumahan baru mampu memberi peluang kepada golongan bumiputera
berpendapatan sederhana memiliki rumah.
Pun begitu, dasar kerajaan negeri tersebut tidak harus
hanya sekadar terhenti setakat itu sahaja.
Ia perlu diperincikan dengan lebih teliti supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan membeli harta tanah tersebut secara pukal dan kemudian menjualnya kepada orang ramai dengan harga lebih mahal.
Ia perlu diperincikan dengan lebih teliti supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan dengan membeli harta tanah tersebut secara pukal dan kemudian menjualnya kepada orang ramai dengan harga lebih mahal.
Kuota tersebut seharusnya dihadkan untuk golongan
berpendapatan sederhana yang masih belum memiliki rumah sahaja.
Dasar 'harga patut'
Proses pemilihan juga haruslah dikaji dan diperketatkan untuk memastikan hanya golongan yang berhak sahaja dibenarkan membeli harta tanah dalam kategori tersebut.
Proses pemilihan juga haruslah dikaji dan diperketatkan untuk memastikan hanya golongan yang berhak sahaja dibenarkan membeli harta tanah dalam kategori tersebut.
Yang paling penting, kerajaan negeri perlu memberi
latihan dan pendedahan awal secara percuma kepada golongan belia atau golongan
bumiputera berpendapatan sederhana.
Ini supaya mereka merancang dan menguruskan pendapatan serta kewangan dengan baik sebelum membuat keputusan membeli harta tanah dalam kategori harga tersebut.
Ini supaya mereka merancang dan menguruskan pendapatan serta kewangan dengan baik sebelum membuat keputusan membeli harta tanah dalam kategori harga tersebut.
Apalah gunanya dasar “harga patut” diperkenalkan dengan
matlamat supaya lebih ramai golongan belia dan berpendapatan sederhana memiliki
harta tanah sendiri, tetapi semuanya tidak lepas dari segi pembiayaan perumahan
dengan bank.
Ini disebabkan kegagalan mereka merancang dan menguruskan
pendapatan dan kewangan mereka dengan baik sejak daripada awal lagi.
Sudah pasti dasar tersebut tidak akan mencapai sasaran yang diharap-harapkan.
Sudah pasti dasar tersebut tidak akan mencapai sasaran yang diharap-harapkan.
No comments:
Post a Comment