Dengar berita daripada pemimpin UMNO, ramai lagi yang di
luar parti itu akan kembali ke pangkuan UMNO.
Tetapi yang pasti UMNO bukan mahu menarik pemimpin yang tiada parti atau atas pagar untuk masuk
UMNO. Ia lebih kepada 'kitar semula' atau 'surat khabar lama'.
Sudah terdesak nampaknya UMNO sekarang sehingga terpaksa merayu dan meminta pertolongan mereka yang sudah mahu melupakan parti berkenaan.
Jika mengikut Tan Sri Annuar Musa, akan lebih ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan
sertai UMNO.
Malah kata Ketua Penerangan UMNO itu, ada lagi lapan ahli
politik lain di Selangor sepatutnya menyertai seorang bekas Menteri Besar,
menyertai parti itu pada 17 September lalu.
Annuar ini bukan khalayak tidak tahu, memang selalu cakap
besar. Orang UMNO pun mengakui sikap beliau itu.
Susulan kembalinya bekas menteri besar Selangor Tan Sri
Muhammad Muhamad Taib ke parti itu maka kemasukan atau kembalinya bekas
pemimpin UMNO akan diumumkan secara
berperingkat.
“Saya sahkan memang ada ahli PH yang akan menyertai Umno
dan kembali kepada Umno, pengumuman itu kami akan lakukan secara berperingkat,
kita tunggu sajalah,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Minda dan
Sesi Dialog Bersama Rakyat di Kolej Mara Banting semalam.
![]() |
Tamrin - '...tiada lagi yang mahu kembali ke UMNO' |
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
laporan media yang mengatakan terdapat 8 ahli politik lain dari Selangor
sepatutnya menyertai Muhammad Taib ketika beliau diumumkan menyertai kembali
Umno Ahad lalu.
Annuar menyifatkan konflik dalaman antara parti komponen PH,
tiada agenda membangunkan ekonomi rakyat dan negara dilihat menjadi punca ahli
politik berkenaan berminat dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“PH ini bukan sebenarnya mahu membantu rakyat dan
membangunkan negara, mereka hanya berebut kuasa dan membuat tohmahan dan fitnah
semata-mata.
“…dan sekarang banyak tohmahan dan fitnah mereka ini
terjawab dengan sendiri, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan
ditangkap jika ke Amerika Syarikat ternyata tipu, isu 1MBD, wang derma daripada
keluarga diraja Arab Saudi, semua itu sudah terjawab dan rakyat sendiri dapat
melihat permainan kotor politik pembangkang ini,” katanya.
Ironinya pada ketika Annuar menyebut demikian, bekas
pemimpin UMNO, Tamrin Ghafar, menafikan
desas-desus beliau akan kembali menyertai parti terbesar orang Melayu itu.
Annuar Musa |
Malah, katanya, tiada orang yang mahu masuk UMNO sekarang, kata
"Tidak ada siapa yang nak masuk UMNO sekarang,"
katanya kepada The Malaysian Insight.
Tamrin menolak khabar angin yang tersebar kononnya beliau
antara bekas pemimpin parti yang akan pulang ke pangkuan UMNO dan kemasukannya sepatutnya diumumkan dalam
sidang media khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu.
Tamrin pernah jadi ahli Parlimen kawasan Batu Berendam
selama dua penggal antara 1986 hingga 1995. Dalam tempoh itu, beliau dilantik
sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat antara 1991 hingga 1993.
Beliau kemudian keluar Umno pada 2012 dan menyertai PAS
sebagai ahli seumur hidup. Ketika itu, Tamrin berkata beliau Umno sudah
terbabas dari landasan asalnya membela rakyat dan beliau sudah bersedia
"mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.
Tamrin bagaimanapun keluar PAS dua tahun kemudian dan
sejak itu tidak menyertai mana-mana parti politik. Tamrin yang pernah menyertai
sekretariat Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebelum
bekas perdana menteri itu menubuhkan Bersatu.
Tamrin kemudian menarik diri daripada
sekretariat dan tidak menyertai Bersatu. Beliau enggan menyatakan alasannya
berbuat begitu.
Tamrin tidak tahu mengenai khabar angin yang tersebar itu dan
mungkin namanya dimasukkan dalam senarai itu oleh blogger UMNO.
Sidang media oleh Najib itu heboh sejak petang Sabtu
malah ia sepatutnya lebih besar daripada hanya mengumumkan kemasukan semula
Muhammad, sebaliknya adalah untuk mengisytiharkan penyertaan Muhammad serta
keputusan lapan Adun Selangor dari PKR keluar parti, sekaligus mengulangi
episod peralihan kuasa di Perak pada 2009.
Muhammad Taib pula keluar daripada UMNO pada 2013 untuk
menyertai PAS dan kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai PKR pada 2015.
Ada menanggap berita kemasukan semula bekas pemimpin UMNO
ke dalam parti itu hanya gimik pilihan raya dan membuktikan bahawa tempoh
pilihan raya umum ke-14 semakin hampir.
Kini Annuar perlu mengesahkan kata-katanya dan jika ‘surat
khabar lama’ sahaja kembali ke UMNO, ia bukan sahaja tidak mendatangkan
sebarang keuntungan kepada parti itu tetapi akan semakin membuktikan UMNO kini
sudah semakin ‘tepu’ dan tidak berdaya lagi menarik sokongan pemimpin baru.
Dengan kata lain, bukan sahaja UMNO ditolak oleh ‘orang
baru’, orang lama bekas UMNO seperti Tamrin juga sudah ‘loya dengan UMNO’
pimpinan Najib.