Maka gegar gempitalah akan berlaku rombakan di FELDA untuk
menggembalikan kedudukan agensi itu seperti dilaporkan media semalam.
Malah FELDA dikatakan bakal menyaksikan rombakan pengurusan dalam
usaha agensi itu mengembalikan kedudukannya untuk meningkatkan kesejahteraan
dan menyelesaikan permasalahan warganya masa kini.
Pertanyaan ialah apakah yang diwar-war itu lebih kepada
publisiti semata-mata atau memang bertujuan mengatasi masalah dan kebimbangan
peneroka FELDA dari segi pendapatan, beban hutang dan perumahan generasi kedua?
Juga apakah Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mampu memperbetulkan
perkara-perkara berkaitan pelaburan FELDA dalam konteks faedah dan risiko serta
impak daripada penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan mengambil pandangan semua pihak.
Apakah akan berlaku penyahsenaraian FGV yang selama ini tidak pun diberikan perhatian oleh pengerusi sebelum
ini, Tan Sri Isa Samad?
Juga apakah akan ada jawapan kepada kehilangan dan kerugian
jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek
pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and
Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain?
Sebagai Pengerusi yang baru dilantik, Shahrir yang
mendapat perhatian media dan netizen berkata langkah awalnya termasuk meneliti
semula barisan anggota lembaga pengarah untuk memberi nafas baharu dan nilai
tambah kepada proses rombakan itu sendiri.
Publisiti meluas itu bukan kerana Shahrir dilihat sebagai
orang yang diyakini mampu memperbaiki FELDA tetapi lebih kepada persoalan
apakah yang akan terjadi kepada FELDA yang kini dilihat ‘tenat’ selepas ini.
Shahrir dilantik ke dalam FELDA selepas tempoh khidmat Isa
sebagai pengerusi tamat pada 31 Disember, 2016.
Isa bagaimanapun kekal sebagai Pengerusi FGV dan sebelum
ini Isa dipersalahkan kerana menyebabkan prestasi kewangan lemah FGV.
Apakah melalui kepimpinan Shahrir, FELDA akan menjadi
bertambah baik atau berterusan dalam keadaan yang sama. Dibimbangi akan berlaku
‘tikus membaiki labu.”
Juga dengan menyebut akan melakukan rombakan, apakah itu
menggambarkan bahawa FELDA di bawah pentadbiran Isa memang ‘teruk’ atau ia
sesuatu untuk menambah baik.
Selain berdepan dengan Isa yang masih menguasai FGV yang
menjadi tunjang atau ibu kepada masalah FELDA yang banyak diperkatakan, apakah
agensi seperti FELDA yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar
ini ‘lembaga pengarah dan pengurusan FELDA dan FGV?
Bagaimana dengan pelan pemulihan FGV yang sudah dirangka
dan apakah Shahrir akan akur dengan pelan yang sedia ada?
Juga FELDA mempunyai Pengarah Besarnya sendiri dan apakah
tidak akan berlaku pertentangan pendekatan dalam menguruskan isu yang
membabitkan FELDA?
Isa Samad....kekal Pengerusi FGV |
Selain pengarah besar, Shahrir juga berdepan dengan
ketua-ketua di 20 bahagian dalam FELDA termasuk ta bidang pembangunan –
ekonomi, komuniti dan pengurusann – yang memang berpengalaman dan ‘hidup mati’
mereka dengan hal ehwal FELDA.
Ini belum lagi jabatan-jabtan seperti pengurusan tanah,
perladangan, tanam semula, makanan negara, usahawan dan sebagainya.
Apakah mereka akan ‘mendengar serta mematuhi’ saranan dan
rancangan Pengerusi yang merupakan lantikan politik berbanding mereka yang
merupakan penjawat awam?
Tidakkah Shahrir akan merasa ‘rimas’ berdepan dengan
kakitangan kerajaan dan agensi ini kerana pendekatan yang berbeza?
Harapan ialah apabila bertemu peneroka dan pengurusan FELDA,
Shahrir akan akur dengan kebimbangan di atas banyak perkara yang diperkatakan
selama ini, khusnya hala tuju agensi itu.
Bukan sekadar isu FELDA membeli 37% pegangan dalam PT
Eagle High Plantation Tbk daripada Rajawali Group, sebuah daripada syarikat
minyak sawit terbesar di Indonesia, pada harga AS$505.4 juta juga perlu
diteliti.
Untuk rekod pengambilalihan itu dibuat setahun selepas FELDA
Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membatalkan rancangan membeli kepentingan
sama di Eagle High pada harga AS$680 juta.
Ahli politik dan pelabur mengkritik perjanjian itu
terlalu mahal.
Malah, Shahrir boleh juga meneliti cadangan bahawa FELDA perlu kembali kepada perniagaan
terasnya, iaitu minyak sawit dan menumpukan peningkatan produktiviti ladang
serta kadar perahan minyak daripada purata 17% hingga 18% kepada 20%.
Semalam Shahrir menegaskan rombakan diperlukan dibuat
dengan munasabah dan sesuai dengan matlamat yang mahu dicapai, terutama dalam
mengembalikan kesejahteraan hidup warga FELDA supaya lebih terjamin pada masa
hadapan.
"Anggota lembaga (pengarah) FELDA mesti kuat, dan mesti memahami tentang segala kekuatan dan kelemahan FELDA. Jadi, barulah kita tahu ke mana hala tuju FELDA," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Selain itu, model perniagaan FELDA ketika ini juga perlu diteliti semula secara keseluruhan.
Ketika ini, FELDA merupakan pemegang saham majoriti dalam FGV iaitu sebanyak 20 peratus.
Shahrir akan melakukan lawatan kerja ke kawasan rancangan, selain bertemu pengurusan FELDA mulai esok.
"Anggota lembaga (pengarah) FELDA mesti kuat, dan mesti memahami tentang segala kekuatan dan kelemahan FELDA. Jadi, barulah kita tahu ke mana hala tuju FELDA," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Selain itu, model perniagaan FELDA ketika ini juga perlu diteliti semula secara keseluruhan.
Ketika ini, FELDA merupakan pemegang saham majoriti dalam FGV iaitu sebanyak 20 peratus.
Shahrir akan melakukan lawatan kerja ke kawasan rancangan, selain bertemu pengurusan FELDA mulai esok.
Shahrir menghargai peluang yang diberikan oleh kerajaan
kepada beliau dalam keadaan FELDA dan kerajaan dikritik pihak tertentu dengan
berjanji akan memperbaiki dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi warga FELDA.
"Biasalah, orang cakap lebih mudah. Kalau kita nak kritik, nak katakan FELDA ini tak baik, itu ini masalah, bercakap lebih mudah. Tetapi, saya sebenarnya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyelesaikan masalah bukannya setakat bercakap tapi berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan," katanya.
"Biasalah, orang cakap lebih mudah. Kalau kita nak kritik, nak katakan FELDA ini tak baik, itu ini masalah, bercakap lebih mudah. Tetapi, saya sebenarnya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyelesaikan masalah bukannya setakat bercakap tapi berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan," katanya.
Apapun dengan persetujuan untuk menerajuinya, Shahrir
perlu berbuat sesuatu dan membuktikan beliau boleh melakukannya.
Jika Shahrir dapat menyediakan jawapan baik dan pengurusan
FELDA menyokong usaha pemulihan agensi itu beliau akan mendapat sokongan peneroka
dan dihargai sumbangannya.
Jika tidak, jadilah seperti tikus membaiki labu, atau
kalaupun tidak seteruk itu, keadaan FELDA akan ‘pi mai, pi mai, tang tu jugak’.
No comments:
Post a Comment