Jawatan Tan Sri itu kini ialah Ketua Penerangan UMNO selain Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
(MARA) yang begitu penting berbanding daripada kerja-kerja lain, termasuk bolasepak.
Annuar
memang lebih dikenali kerana bolasepak ketika menjadi Presiden KAFA. Tetapi itu hanya
batu loncatan untuk beliau menang dalam pilihan raya di Parlimen Ketereh dan kedudukan baik dalam UMNO.
Setelah
diberikan tugas parti dan pentadbiran, Annuar jangan berlebih-lebih. Ini kerana kesannya, beliau kini dilihat semakin menjadi liabiliti kepada UMNO.
Sepatutnya kebolehannya dari segi kepetahan bercakap dengan idea bernas, beliau digunakan untuk menentang pembangkang. Namun kini digunakan untuk menyerang dan mempertahankan diri dalam polimik
yang semakin kerap dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Apa
gunanya menimbulkan kontroversi dan bertikam lidah dengan pihak istana?
Ironinya
pertikaman lidah bukan kerana isu membabitkan perjuangan parti demi mempertahankan UMNO atau orang Melayu, juga untuk memperkukuhkan fungsi MARA tetapi lebih kepada isu bolasepak.
Semua
gara-gara beliau mahu menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Berapa
banyak lagi mahu jawatan?
Dengan
tidak habis-habis bertelagah dengan TMJ, semakin menjelaskan beliau mahu
menunjukkan siapa lebih popular dan ‘berotak’ untuk mentadbir badan bolasepak
negara itu.
Pada
25 November 2015 lalu, bekas Presiden KAFA itu secara terbuka menawarkan diri
menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai presiden Persatuan FAM.
Namun,
Annuar yang juga bekas timbalan presiden FAM sebelum ini, berkata jika ada
individu lebih layak seperti TMJ, beliau tidak mahu berebut jawatan tersebut.
Katanya,
beliau perlu mendapatkan sokongan
daripada anggota gabungan dan perwakilan FAM pada Kongres FAM ke-53, Mac depan,
jika mahu meneruskan niatnya itu.
FAM
sebelum ini, mengesahkan Kongres FAM itu adalah bagi mengadakan sesi pemilihan
presiden baharu badan induk tersebut, dan nama calon yang ingin bertanding
perlu dihantar selewat-lewatnya 23 Januari depan, sebelum senarai akhir
dikeluarkan pada 20 Februari.
Semua
jawatan akan dibuka untuk pemilihan yang baharu bagi sesi 2017-2021. Sebelum
ini, antara calon yang menjadi sebutan mengisi jawatan tertinggi badan induk
kebangsaan itu ialah TMJ, Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Aseh Che Mat.
Sekali
lagi, Tidak cukupkah dengan dua jawatan itu? Mahu jadi Presiden FAM pula?
Annuar
juga sibuk dengan perniagaannya. Beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat
yang agak besar dan dibimbangi ada 'kepentingan bertelagah' antara jawatan
politik, MARA dan perniagaannya.
Kenyataan mengenai bolasepak oleh Annuar sudah mengundang dua teguran TMJ melalui tajuk ‘Jangan
jolok sarang tebuan' dan ‘Jangan
kejutkan rimau tidur’.
TMJ
melalui kenyataan pada 2 Januari 2017 lalu melalui ‘Jangan jolok sarang tebuan’
mengingatkan Annuar jangan sampai buruk padahnya.
Pesan
TMJ: "Kepada Tan Sri (Annuar), jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda
sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti."
Peringatan
itu dibuat atas kegagalan Annuar menguruskan KAFA dan TMJ idak akan menerima
nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar FAM ditadbir secara proksi.
Kenyataan
Tunku Ismail adalah jelas merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian
Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.
TMJ
turut menasihatkan Annuar, sebelum mahu memberikan komen mengenai kelab (bola
sepak) atau negeri lain, pihaknya menasihatkan beliau agar uruskanlah KAFA
terlebih dahulu.
"Tidak
payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain.
Selesaikan dulu hutang-piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum
bercakap hal-hal yang lain.Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain
sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.”
Malah
TMJ ingatkan Annuar, “Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir
(Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk
anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli
sebuah kereta Porsche Panamera."
Sepuluh
hari selepas tembakan pertamanya, TMJ pada tembakan kedua pada 12 Januari lalu ingatkan Annuar, ‘Jangan kejutkan rimau tidur’.
Pemilik
kelab bola sepak JDT itu mendakwa, Annuar sentiasa tidak berpuas hati dengannya
dan ini perlu diselesaikan.
"Sebelum
menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya
angkuh kenapa tidak Tan Sri (Annuar) tampil memberi keterangan mengenai duit
tajaan daripada Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dipaksa untuk menaja pasukan The
Red Warriors (TRW),” tegasnya.
Merujuk
kepada keadaan ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana
sini, beliau mempersoalkan Annuar yang tergamak menggunakan duit rakyat untuk
pasukan TRW yang mana Annuar adalah pengerusi MARA.
Tidak cukup dengan itu, TMJ
juga menyelar Annuar berkaitan dakwaan bahawa Annuar paksa UniKL untuk menaja TRW.
UniKL
didakwa terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2
billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016.
Mengulas
isu penajaan pasukan TRW, Annuar berkata ia di lakukan dengan begitu teratur dengan
adanya surat tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucar,
ada resit dan lain-lain.
Kesan segera semalam, UniKL dan MARA diarah
menanguhkan sebarang penajaan tahun ini melainkan untuk pendidikan.
Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dilapor berkata
sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.
Yang
nyata, perbalahan oleh Annuar dengan TMJ di media dilihat merugikan dirinya dan
UMNO, selain nasihat TMJ menumpukan tugas kepada memperkasakan parti, ada
kebenarannya.
Malah,
tindakan berbalas kenyataan media membabitkan isu penajaan TRW akan menyebabkan
kemelut lebih buruk dengan adanya laporan-laporan yang dibuat terhadap Annuar
serta pembangkang yang mula mempersoalkan kredibiliti beliau.
Ia
pastinya tidak mendatangkan manfaat
kepada UMNO sebaliknya memberikan persepsi negatif rakyat kepada parti kerajaan
itu.
Pemimpin
UMNO Johor terutamanya Pemuda UMNO menganggap polimik dengan TMJ tidak akan
menguntungkan sesiapa, malah lebih merugikan UMNO Johor dalam usaha menarik golongan muda mendekati parti itu ketika detik pilihanraya umum sudah
hampir.
Tindakan
Annuar 'cari pasal' dengan keluarga diraja Johor yang terkenal itu dilihat akan
menghakiskan sokongan golongan muda di Johor kepada UMNO, walaupun isu asaskanya hanya berkisar sekitar
isu bolasepak.
Kenyataan
Annuar dilihat sebagai kenyataan mewakili parti kerana kedudukannya sebagai
Ketua Penerangan UMNO, sedangkan Annuar mencari publisiti hanya kerana mahu
menjadi Presiden FAM – jawatan ketiga penting untuk peribadinya.
Hakikatnya
sejak akhir-akhir ini, ada kenyataan ‘gagah’ Annuar melawan pembangkang atau
mempertahankan Perdana Menteri dalam isu-isu negara?
Yang banyak diulas oleh Ketua Penerangan
UMNO ialah sekitar isu bolasepak.
Mengecewakan apabila kenyataannya boleh membawa imej kurang baik apabila dituduh menggunakan
kedududkannya sebagai Pengerusi MARA menggunakan wang MARA dan UniKL untuk
menaja pasukan Kelantan – pasukan negerinya.
Tidakkah ini ada kebenaran kepada tuduhan beliau menggunakan kedudukan untuk menaja pasukan Kelantan dan TRW itu turut dikatakan milik beliau.
Ahli
Parlimen Ketereh sepatutnya tidak menunjukkan kepentingan dirinya, apa lagi isu ‘skandal
pembelian bangunan di Australia’ masih tidak jelas sejauh mana diatasinya.
Annuar
sepatutnya fokus kepada kerja UMNO bukan berbalah dengan TMJ yang menjadi anak
raja kesayangan Bangsa Johor itu.
Yang
nyata Annuar kini menunjukkan dia menonjolkan diri hanya untuk kedududkan
dirinya dan bukan parti dan perbuatannya itu sangat-sangat merugikan parti.
Ternyata,
Annuar sengaja mewujudkan polimik untuk popularkan dirinya untuk menjadi
Presiden FAM tetapi tidak menumpukan kepada kerja parti yang akan berdepan
pembangkang dalam keadaan sengit pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden
UMNO wajar menilai apakah Annuar liabiliti kepada UMNO atau sebaliknya.
Jika
merugikan parti dengan sikap dan tamakkan jawatan, elok dibedah dan dibuang
sahaja kanser atau barah yang sudah diketahui semakin menular dan membahayakan hayat UMNO
yang memang pun kini sudah kritikal!!!
No comments:
Post a Comment