Bukan
sesuatu yang pelik jika UMNO Kelantan mahu bertanding semua kerusi di negeri
itu.
Ia
memang berlaku sebelum ini.
Namun
kini ada sosek-sosek bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen
akan dibahagikan antara UMNO dan PAS. Namun, apakah itu akan berlaku?
Cuma
yang aneh mengenai kenyataan hari ini, ia dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Tan
Sri Annuar Musa. Ia bukan daripada Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed.
Apakah
Annuar rasa masih mempunyai ‘hak untuk bersuara’ bagi pihak UMNO Kelantan?
Annuar
hari ini mengumumkan UMNO Kelantan mungkin akan bertanding di semua kerusi DUN
dan Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Tidakkah
kenyataannya itu menganggu tugas Mustapa yang sedang merancang untuk
menggerakkan yang terbaik untuk UMNO dan Barisan Nasional Kelantan?
Malah
Annuar turut menegaskan UMNO akan meneruskan rancangan itu walaupun
berlaku pertandingan tiga penjuru.
Beliau
memberitahu perkara itu dan pelbagai senario pilihan raya mungkin berbangkit
dibincangkan di peringkat UMNO Kelantan dua hari lepas.
“UMNO
mungkin akan bertanding di semua kerusi di Kelantan. Setakat hari ini,” katanya
ketika ditemui FMT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Beliau
berkata demikian ketika ditanya sama ada UMNO sedia merampas kembali Kelantan
daripada PAS berikutan kemungkinan berlakunya pertandingan 3 penjuru pada
pilihan raya akan datang.
Annuar
berkata UMNO bagaimanapun terbuka untuk membincangkan pembahagian kerusi dengan
PAS jika berlakunya kerjasama antara dua parti itu pada PRU akan datang.
Namun,
Annuar menegaskan perkara itu hanya boleh berlaku jika dipersetujui Presiden UMNO
Datuk Seri Najib Razak.
“PAS
tidak dalam BN. Pembahagian kerusi terserah pada presiden (UMNO). UMNO telah
beri mandat pada presiden, apa-apa tentang kerjasama akan diputuskan oleh
presiden UMNO.
“Tetapi
macam saya kata pintu perbincangan kita sudah serah pada presiden. UMNO parti
cukup terbuka,” katanya.
Sebelum
ini, PAS menyatakan kesediaan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen
negeri itu, selepas berpisah daripada pakatan pembangkang utama negara.
Dalam
DUA pilihan raya umum lepas, PAS dan PKR
berkongsi kerusi di Kelantan atas nama Pakatan Rakyat. PAS menerajui kerajaan
Kelantan sejak 1990.
Persoalan
sekarang, sekiranya UMNO bertanding semua kerusi kalaupun berlaku tiga penjuru,
apakah ini akan menggelapkan harapan UMNO untuk berkuasa?
Juka
melalui keputusan ini, apakah PAS akan berkesaorangan dan dikatakan akan kalah
dalam PRU14 ini.
Jadi
siapa untung daripada kenyataan dan keputusan jika benar-benar berlaku seperti
yang disebutkan oleh Annuar ini?