Thursday, February 23, 2017

Apabila Sultan Johor 'Libas' Empat Pemimpin Sekali Gus....


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini  menyindir sikap seorang ahli politik veteran yang dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baginda juga membidas keras dua menteri besarnya sebelum ini serta seorang menteri pusat. Dua bekas menteri besar itu didakwa angkuh, sombong dan hanya mengikut telunjuk kerajaan pusat.

Dua menteri besar sebelum ini ialah Datuk Ghani Othman dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua menteri besar yang mentadbir Johor sebelum ini adalah Tan Sri Abdul Ghani Othman (1995-2013) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (1986-1995) yang kini memimpin parti pembangkang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mengulas lanjut tentang hubungan persekutuan dan negeri, Sultan Johor berpesan kepada pemimpin persekutuan agar tidak lupa dengan hak dan peranan dimainkan negeri.


Titah itu disampaikan ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar, dalam kawasan parlimen Pagoh, yang merupakan kubu kuat Muhyiddin.

Sultan Johor bertitiah: "Dahulu, dia (ahli politik dari negeri lain) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

"Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat.

"Dulu dia kata media barat suka buat cerita tapi sekarang cerita media barat dikatanya fakta.

"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia," titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong, Muar semalam.

Galeri Darurat Bukit Kepong setinggi dua tingkat itu yang menelan kos RM11.5 juta siap dibina pada akhir tahun lalu.

Dalam titahnya, walaupun tidak menyebut nama, baginda menyindir mungkin 'orang luar' ini telah lupa yang zamannya telah berlalu.

Mengenai  dua menteri besarnya sebelum ini yang didakwa angkuh, sombong Sultan Ibrahim menegaskan, kejayaan yang dicapai di Johor kini adalah kerana adanya hubungan yang baik antara beliau dengan menteri besar sekarang.

“... bukan seperti dua menteri besar yang dahulu, yang angkuh dan sombong dan hanya mengikut telunjuk kerajaan persekutuan,” titah baginda.

Titah Baginda lagi, pembangunan negeri Johor amat berbeza jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu.


“Kalau dulu kerajaan negeri sampai tiada wang untuk bayar gaji kakitangan, tapi hari ini kerajaan ada lebihan hasil berbilion ringgit,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda berharap supaya rakyat jelata bersama-samanya mempertahankan Johor dan tidak menoleh ke belakang.

“Dari kecil lagi saya telah di didik untuk menjaga negeri Johor. Saya tahu apa yang terbaik untuk negeri saya. Tak akan saya hendak aniaya rakyat saya sendiri,” titahnya.

Mengenai 'orang luar' itu, Baginda mengingatkan  supaya jangan mencampuri urusan orang lain. "Nasihat saya kepada dia, cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.

"Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak," titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda juga akan turun takhta apabila usia meningkat dan tiada lagi kudrat untuk memerintah.

"Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baharu yang memerintah.
"Terimalah raja baharu dan ikut perintah dia. Jangan nanti saya di hantar ke rumah orang tua sudahlah," titah baginda.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dengan lantang mengkritik Dr Mahathir susulan serangan berterusan bekas perdana menteri itu terhadap projek pembangunan di Johor membabitkan syarikat China.

Titah baginda, Dr Mahathir didakwa cuba mencipta ketakutan dengan menggunakan isu perkauman yang menjejaskan emosi rakyat Johor untuk memenuhi motif politiknya.

Sultan Ibrahim turut menempelak “menteri persekutuan yang kurang bijak” yang mahu menjadikan kawasan negeri sebagai wilayah persekutuan.

“Pemimpin berfikiran sempit seperti inilah yang akan meretakkan hubungan antara negeri dan persekutuan, dan menimbulkan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan,” katanya.


Baginda merujuk cadangan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menukar status Pulau Pinang, Langkawi, sebahagian Melaka dan Pulau Tioman kepada Wilayah Persekutuan.

Cadangan tersebut dikecam pelbagai pihak, antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal” dan bersifat hasutan.

Sunday, February 19, 2017

Jelajah Penerangan UMNO Mengenai 1MDB, Forex Bukan Pecutan Akhir

 

Selepas berdiam seketika akibat dibelanggu siasatan ‘rasuah penajaan bolasepak’, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membuat penampilan semula dengan  pengumuman untuk perjelas beza 1MDB dan isu forex.

UMNO dan BN akan mula menggerakkan jentera penerangan bagi menjelaskan secara terperinci keputusan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Penerangan di seluruh negara itu, menurut Annuar  perlu dibuat memandangkan pada ketika ini terdapat pihak yang cuba membandingkannya dengan isu 1MDB yang disifatkkannya sebagai tidak relevan.

"Kenapa ia ditubuhkan jawatankuasa (pasukan petugas khas) ini, kenapa tidak 1MDB. Ini akan dijelaskan (dalam jelajah). Kehilangan wang (dalam skandal Forex) sebenarnya tidak disiasat sebagai laporan kehilangan sebenar wang kerajaan.

"Skandal ini membabitkan dana kerajaan dan ia jelas berbeza dengan keadaan dalam 1MDB, yang guna RM1 juta dana kerajaan (dana awal 1MDB).

1MDB juga entiti yang sudah melalui siasatan dan ia hanya sebuah syarikat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di PWTC.


Anggota Parlimen Ketereh itu berkata, skandal forex jelas merupaan satu bentuk kehilangan sebenar dana rakyat manakala pasukan khas itu akan menerangkan secara terperinci mengenai perkara itu.

Annuar, bagaimanapun, menafikan sesi penerangan ini adalah pecutan akhir sebelum menuju pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah, jelasnya, ia adalah perkara yang perlu di jelaskan tanpa mengira bila PRU akan diadakan.

Berikutan itu, mulai 25 Februari ini Biro Penerangan UMNO akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menangkis dakwaan dan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang, termasuk kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, program itu bukanlah suatu 'pecutan' akhir parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menepis tanggapan bahawa ia pecutan akhir, Ketua Penerangan UMNO itu berpendapat, politik adalah maraton jarak jauh, bukan larian 100 meter.

“Jadi belum sampai tahap pecutan akhir. Tapi apa yang penting adalah kesiapsiagaan kita berada di tahap terbaik sepanjang masa," katanya.

Pada masa sama beliau turut mengunci mulut mengenai jangkaan tarikh PRU-14.

"Itu kena tanya Perdana Menteri. Apa yang pasti pilihan raya umum sebelum pertengahan 2018 mengikut Perlembagaan negara," katanya dalam nada berseloroh.

Anuuar menjelaskan, sesi penerangan pertama akan bermula pada 25 Februari ini di Parlimen Hulu Selangor sebelum bergerak ke kawasan lain, tambahnya.

"Penerangan di kawasan negeri pula akan bermula pada 1 Mac ini membabitkan kerjasama dari semua pucuk pimpinan dan pemimpin akar umbi," katanya lagi.

Jelasnya, jawatankuasa penerangan UMNO juga kini memfokuskan kepada tiga gerakan intensif penerangan iaitu melalui ceramah bersemuka di pelbagai peringkat, penyebaran maklumat melalui media elektronik dan cetak serta media baru.

Kabinet baru-baru ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal mengenai kerugian urus niaga forex itu. 

Wednesday, February 1, 2017

Kedudukan Annuar Dalam UMNO Setakat Ini Tidak Berubah - Najib


Tan Sri Annuar Musa masih kekal sebagai Ketua Penerangan UMNO, kata Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO berkata, beliau mahu semua pihak tidak membuat sebarang tanggapan dan tafsiran ke atas Ahli Parlimen Ketereh yang bercuti sebagai Pengerusi MARA.

 "Beri peluang kepadanya (Annuar) untuk bersihkan diri daripada tuduhan terhadapnya. "Beliau sanggup disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan biarlah proses siasatan yang sedang berjalan selesai.... tidak perlu buat tanggapan dan pelbagai andaian, " katanya.

Perdana menteri berkata peluang harus diberikan kepada anggota Parlimen Ketereh, Kelantan itu untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkaitan salah guna kuasa berkaitan penajaan agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

"Beliau sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi diri beliau peluang untuk bersihkan nama daripada sebarang tuduhan.

"Biarlah proses (siasatan) ini berjalan dan kita tidak boleh buat apa-apa tafsiran dan anggapan sehingga proses ini selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan Annuar dalam UMNO susulan disiasat SPRM, selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Paloh Hinai di Pekan, hari ini.

Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut bertanya khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat itu sejak Isnin lepas. Terdapat 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di situ.

Najib bersama Rosmah menaiki bot melihat keadaan Sekolah Menengah Paloh Hinai.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kedudukan Annuar selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai Pengerusi MARA  terserah kepada keputusan presiden parti.

Ini kerana jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jawatan beliau dalam UMNO dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.

"Tidak berbangkit jawatannya dalam UMNO, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden," katanya.

Mara semalam (31 Januari 2017)  menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan MARA Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini berkata penggantungan tugas Annuar sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) diyakini tidak akan memberi kesan kepada UMNO Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata  keputusan penggantungan dan siasatan ke atas Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berhubung isu itu bukan tindakan UMNO dan tidak ada kaitan dengan parti.

Katanya, tindakan itu sebaliknya dilihat selaras kenyataan menteri berkaitan sebelum ini yang berhasrat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap MARA sebagai agensi diamanahkan untuk memperjuangkan kepentingan Bumiputera.

"Yang penting, bukan kita, kerajaan BN yang bertindak tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempunyai peranan besar dalam hal ini dan mereka menjalankan tugas.

"Tak ada kaitan dengan UMNO atau parti tetapi ia (siasatan) berkaitan sebuah institusi yang khusus ditubuhkan oleh untuk meningkatkan integriti dan memastikan segalanya berjalan baik," katanya kepada pemberita.

Berikutan penggantungan itu, kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan anggota dan kepimpinan parti itu.

SPRM semalam mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar.