Tuesday, November 29, 2016

Dr Ahmad Zahid Ingatkan UMNO Agar Waspada ‘Pembangkang Senyap’


Ahli UMNO diingatkan supaya berwaspada dengan kehadiran musuh baharu politik yang bersembunyi menerusi platform digital.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu kini bukan sahaja berhadapan musuh tradisi yang boleh dibezakan dengan lambang politik sebaliknya turut diancam pihak yang menyembunyikan identiti sebenar mereka.

"Musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan ini wujud tanpa kita sedari melalui platform dan gajet IT (teknologi maklumat).

"Kita perlu berhati-hati dan berwaspada kerana penanaman bibit-bibit ke arah mewujudkan komunKuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016 pada Selasa malam.

Selain itu, menerusi ucapan yang bertemakan ‘Dasawarsa Politik Mencabar’, Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas timbalan presiden UMNO berkata, kehadiran komuniti pembangkang baharu itu dapat dirasai dengan jelas menerusi alam maya.

"Abad ke-21 ternyata telah mengubah landskap pembangkang kepada wujudnya suatu kelompok kepembangkangan, yang berpaksikan kepada dunia digital.

"Kita tidak nampak mereka secara jelas, tetapi kita dapat merasai kehadiran golongan kepembangkangan ini menerusi alam maya,” katanya.


Sehubungan itu, katanya, ahli UMNO juga tidak boleh ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada parti.

"Saya ingin menggagaskan kepada ahli-ahli sayap UMNO supaya bijak menguasai ruang siber atau cyberspace secara serius dalam menangkis pelbagai fitnah, tohmahan, kritikan dan serangan dari pihak seteru politik kita.

"Kita perlu keluar dari kepompong lama yang hanya pandai melihat dan memadam api, sebaliknya kita perlu proaktif mencari kelemahan pihak lawan dengan peluru-peluru fakta yang boleh menyedar dan menyakinkan khalayak,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid menggesa gerakan cybertrooper UMNO supaya bersatu merancang strategi bagi menentang musuh baharu berkenaan.

"Angkatan cybertrooper perlu bersatu dalam menyusun strategi menentang musuh, bukannya sering berbalah sesama sendiri.

"Malah, saya tahu terdapat di kalangan mereka terjebak dengan agenda mempromosikan saudagar-saudagar politik yang menjenamakan tokoh-tokoh tertentu. Seharusnya kita perlu mencari titik pertemuan dan penyatuan pemikiran dan mengenepikan jurang perbezaan,” katanya.

Friday, November 25, 2016

Tidak Pernah Bincang Kerjasama Politik Dengan PAS – Dr Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR 25 November 2016):  Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan PAS tidak pernah berbincang mengenai kerjasama politik atau 'tahaluf siyasi'.

Sebaliknya kedua-dua parti itu hanya berbincang tentang isu-isu yang menyentuh aspek kepentingan ummah.

Dr Ahmad Zahid selaku Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata, perbincangan itu lebih tertumpu kepada mencari titik persamaan termasuk dalam soal undang-undang yang melibatkan umat Islam.

"Tentang soal orang Islam, tentang soal isu-isu yang tidak terselesai yang harus didukung bersama dan saya fikir ini satu pendekatan yang baik oleh kepimpinan utama PAS (untuk berbincang)," katanya dalam temu bual dengan Bernama dalam program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan disiarkan malam esok (26 November) menerui saluran televisyen Bernama News Channel (BNC).

Timbalan perdana menteri berkata, kepimpinan Islam dalam parti-parti politik serta organisasi lain juga perlu bersama-sama memainkan peranan dengan mengenepikan perbezaan pendapat atau pegangan politik demi mencapai titik persamaan.

"Saya fikir kematangan politik dilihat bukan hanya soal tahaluf siyasi, tetapi tentang soal keikhlasan kita menangani isu kepentingan sejagat dan kepentingan ummah keseluruhan berbanding kepentingan peribadi kita atau kepentingan sempit sesebuah organisasi itu," katanya.

Dr Ahmad Zahid berkata, proses konsultasi sering kali menjadi amalan beliau dengan melibatkan pelbagai pihak, sama ada kawan ataupun lawan, dalam menentukan kaedah terbaik bagi merungkai setiap permasalahan yang timbul.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan UMNO adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.

Sementara itu, Dr Ahmad Zahid mengakui cabaran getir yang dihadapi UMNO parti tunjang Barisan Nasional (BN), berikutan pelbagai serangan daripada pembangkang termasuk daripada bekas pemimpin utama UMNO.

Katanya, gelombang politik yang melanda UMNO ketika ini menuntut anggota bersama-sama barisan kepimpinan mempertahankan organisasi itu demi memastikan UMNO terus utuh dan dapat mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.  

Dalam nada berterus terang menyingkap keadaan politik semasa negara, Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa solidariti dan kebersamaan anggota UMNO untuk bertindak seiring dengan kepimpinan parti, sekali gus mempertahankan institusi politik negara yang bertanggungjawab bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi seluruh kaum di Malaysia.  
    
Mengimbas pengalaman pahit dan permasalahan yang pernah dihadapi UMNO  apabila kepimpinan UMNO tidak lagi bersama parti seperti pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pada suatu ketika Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam sehingga menimbulkan polemik, Ahmad Zahid berkata UMNO berjaya melayari dan menempuhi gelombang itu dan tidak tenggelam.   

"Ia bergantung kepada bagaimana kepimpinan parti, bukan hanya Presiden dan Timbalan Presiden mendepani permasalahan itu tetapi yang penting adalah rasa kekitaan dan kebersamaan untuk menjawab, menyelesai dan mengatasi permasalahan yang dibangkitkan dengan cara penuh kebijaksanaan dan ketatasusilaan kita sebagai orang Islam dan Melayu," katanya. 

Ahmad Zahid berkata serangan bertubi-tubi yang mengandungi fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin UMNO serta keseluruhan organisasi parti terbesar Melayu ini semakin hebat menjelang pilihan raya umum ke-14, yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
   
"Kita harus memperkukuhkan pasukan dan angkatan kita bukan hanya mempertahankan tetapi melakukan sesuatu tindakan yang lebih bersikap positif untuk menentukan kita di pihak yang benar," katanya.


Oleh itu, adalah menjadi tugas setiap ahli UMNO untuk membalas setiap serangan termasuk perang saraf yang dilakukan terutama menerusi dunia maya serta menangani setiap isu yang dibangkitkan dengan segera dan cekap.     

Saturday, November 19, 2016

Khaled – UMNO Jangan Perlekeh ‘Kawan Yang Jadi Lawan’


Peringatan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa ‘kawan jadi lawan, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tentukan ‘hidup mati’ Umno’ wajar dilihat sesuatu yang sangat penting.

Pada ketika ramai pemimpin tinggi UMNO menyindir, mengata, mempersenda, menempelak dan mengambil ringan perkara ini, Menteri besar Johor itu amat sedar ancaman kepada UMNO.

Berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan Veteran Umno Bahagian-Bahagian Johor 2016 yang dihadiri lebih 300 veteran hari ini, peringatan Khalid itu sangat relevan kerana kebanyakan yang meninggalkan UMNO di Johor adalah kumpulan veteran.

Bagi Mohamed Khalid, cabaran kepada UMNO sengit memandangkan ia berdepan bukan sahaja dengan musuh tradisi tetapi kali in dengan bekas rakan seperjuangan.

Baginya PRU14 adalah perjuangan “hidup atau mati” bagi UMNO berikutan serangan demi serangan yang dihadapi parti itu pada masa ini.

Mohamed Khaled berkata parti tidak boleh memandang ringan akan serangan itu kerana ia tidak hanya datang dari musuh tradisi UMNO malah daripada bekas rakan seperjuangan UMNO sendiri.

“PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup matinya UMNO dan kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini, di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.

“Umno pada hari ini menjadi bahan kritikan dan senda, yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita, memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir,” katanya.

Mohamed Khaled berpendapat, jika UMNO gagal membuat perancangan dan tidak bersiap sedia menghadapi PRU dari sekarang, maka ia mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk kehilangan kuasa.

“Kita patut rasa bimbang kerana yang menyerang kita ini bukan calang-calang orang, oleh itu kita perlu merancang, kerana kalau kita tidak merancang, kita akan gagal.

“Justeru itu, semua anggota UMNO Johor perlu memastikan bahawa parti ini kekal relevan, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga bagi masyarakat bukan Melayu,” katanya.

Demi memastikan parti kekal relevan, beliau memberi saranan agar UMNO mengambil langkah proaktif untuk memperkasa dan memperjuangkan Islam bagi menyatupadukan semua orang Melayu di negara ini.

Katanya, penyatuan ini penting kerana masa depan UMNO terkait dengan cara anggotanya memperjuangkan politik Islam namun kaedah perjuangan itu tidak semestinya perlu “bersatu” dengan PAS.

“Kita boleh mencontohi pentadbiran negara-negara Islam di luar dalam aspek terbabit.

Yang nyata, tegas Mohamed Khalid,  pengundi memilih UMNO bukan kerana faktor sentimental tetapi berdasarkan keupayaan parti untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat.

Wednesday, November 16, 2016

Jamal, Annuar Memang ‘Tidak Ada Otak’ Untuk Patuhi Arahan...


Dalam isu Bersih5, Tan Sri Annuar Musa tidak jauh taraf pemikirannya dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,  Datuk Jamal Yunos.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu nyata sekali tidak cuba menyeru dan menghalang ahli UMNO menyertai Baju Merah untuk menentang BERSIH5, Sabtu ini.

Beliau melepaskan tangan dengan mengatakan “semua di peringkat peribadi dan bukan organisasi” dan tidak boleh menghalang ahlinya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkata tidak ada peraturan untuk menghalang ahlinya menyertai perhimpunan itu.

Walaupun tidak ada peraturan, pemimpin tinggi UMNO sewajarnya berusaha menghalang dengan meminta ahli menjauhi Bersih5 dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

Namun, kenyataan Annuar  jelas sebaliknya.

“Kami tidak menghalang mereka. Kita terus-terang, kebanyakan ahli UMNO  tidak suka dengan BERSIH dan ada yang sudah tentu mahu menyertai Baju Merah,” katanya.


“Beritahu saya bagaimana UMNO  boleh halang ahlinya jika mereka hendak pergi. Beritahu saya bagaimana. Jika polis tidak boleh halang mereka, anda rasa UMNO boleh buat begitu?,” soalnya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat semalam.

Jamal pula diingatkan  supaya tidak menjadi jaguh dengan mengadakan perhimpunan balas terhadap Bersih5, pada Sabtu ini.

Provokasi amat berbahaya dan tidak baik untuk negara kerana ia hanya akan menghuru-harakan Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju sekali lagi memberi kata dua kepada musuh ketatnya, dengan mengatakan rakyat Malaysia ada 30 juta, yang nak buat hal hanyalah tidak sampai  lima peratus daripada kuning dan merah untuk menghuru-harakan negara.

Ali Tinju...Jamal jangan tunjuk jaguh.
“Sebagai rakan, kita dah tulis dalam Facebook. Kalau diaada otak, dia ikut arahan ketua polis negaralahDia jangan anggap dia dapat duit daripada politik, dia nak tunjuk jaguh di Malaysia ini.

So,  saya harap Jamal ni janganlah keterlaluan. Patuh arahan ketua polis negara, saya rasa benda ini akan selesai,” katanya sebelum membuat laporan polis terhadap gerakan Baju Merah dan Bersih 5 di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, semalam.

Mei lalu, kedua-dua lelaki itu bercakaran sesama sendiri, apabila Jamal menyifatkan Ali Tinju tidak setaraf dengannya, selepas mendakwa BN akan kalah besar jika Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

PRK itu susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Bersih dijadual mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu depan bagi menuntut pembaharuan politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jamal berjanji akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.

Malah pemimpin gerakan Baju Merah itu menegaskan beliau tidak dapat menjamin tindakan pengikutnya yang 'lapar' semasa perhimpunan BERSIH5 pada Sabtu ini.

“Saya tidak pasti terhadap penyokong saya kerana siapa yang hadir pada hari itu, saya tidak sediakan makanan. Pasti yang datang pada hari itu, lapar,” katanya pada sidang akhbar di luar bangunan PWTC di Kuala Lumpur.

Kenyataan Jamal menggunakan perkataan 'lapar' itu mengundang pelbagai teka-teki  yang dibimbangi akan menjadi keadaan tidak tenteram di bandaraya Sabtu ini.

Jamal turut mengulangi bahawa gerakan Baju Merah akan mematuhi perancangan mereka untuk menghalang penyokong BERSIH daripada berhimpun, berucap, menyebarkan pembohongan dan akhirnya menyemai kebencian terhadap kerajaan.

Ketua Polis Negara beri amaran...
Bagi dirinya, Jamal berkata beliau berharap akan bertembung dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tony Pua, serta juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari berkenaan.

Ketika ditanya mengenai rancangan Sabtu ini, Jamal hanya mengulangi bahawa Baju Merah akan berada di mana sahaja penyokong BERSIH berkumpul.

"Saya tidak akan beritahu. Ini strategi kami. Kami tidak boleh dedahkan lebih awal.

"Kami tidak akan benarkan BERSIH melakukan apa yang kita anggap sebagai pembohongan, fitnah dan lain-lain," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada peserta himpunan Bersih5 dan Baju Merah tidak menyalahkan polis jika bertindak terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang dalam perhimpunan haram lusa.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak menggunakan semburan air dan pepperball untuk menyuraikan peserta perhimpunan itu.
Annuar pula sebelum ini berkata salah untuk mendakwa UMNO  menjadi dalang gerakan Baju Merah, yang terdahulu dilaporkan bersikap agresif terhadap penyokong Bersih 2.0

Beliau berkata tidak adil untuk menyamakan sikap sedemikian dengan parti hanya kerana beberapa individu bertindak agresif.


Himpunan Bersih5 dijadual diadakan Sabtu ini di jalanan sekitar Kuala Lumpur, dengan penyokong Bersih 2.0 akan mula berarak di Masjid Jamek.

Tuesday, November 8, 2016

Husni Pemangsa Seks Akan Jadi ‘Trump Of Malaysia’?


Raja Petra Kamarudin yang dibayar untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menambat hati rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 semalam mengatakan mereka yang menjadi ‘mangsa seks Husni’ akan diketahui dalam masa terdekat.

Menurutnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kini panik dan meminta pembantu dan orangnya agar mengubungi semua wanita yang pernah ‘diraba olehnya’ agar berdiam diri dan jangan mendedahkan kelakukan bekas bos mereka.

Malah dikatakan Husni sanggup membayar berapa sahaja untuk membuatkan mereka membisu bagi mengelakkan mereka mendedahkan rahsia ‘pemangsa seks’ Husni itu.
Siti Nabilah

Sudah pasti Husni tidak mahu digelar ‘ Trump of Malaysia’.
  
Husni digambarkan begitu terdesak sehingga menggunakan bekas pembantunya termasuk yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Husni iaitu Shamsul Zairil Kamaruddin (nombor telefon +6019 510 1213), serta Siti Nabilah Omar a.k.a. Bella yang bekerja di pejabat Husni (nombor telefon +6017 667 3707), untuk menghubungi mangsa raba punggung dan raba tetek bekas mereka.

Raja Petra mempertikaikan sebab Husni berhenti menjadi Menteri Kabinet yang antara sebabnya untuk menghabiskan lebih banyak banyak masa kepada ‘agama’.

“Apa beliau maksudkan habiskan banyak masa dengan agama? Apakah beliau tidak punya banyak masa jika berada di dalam Kabinet?

Shamsul Zairil
Juga bagaimana beliau akan berkhidmat kepada kepentingan rakyat dengan meletakkan jawatan?”

Menurut Raja Petra, masalah dengan orang politik ialah mereka membuat kenayatan politik tetapi tidak dapat menjelaskannya – maknanya anda perlu meneka atau membuat kesimpulan sendiri mengenai apa yang diperkatakan mereka.

Seperti tidak puas-puas menghina Husni, Raja Petra mengatakan Husni berhenti kerana mahu menjadi Menteri Kewangan, bukan meneruskan kariernya sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Malah, Husni turut dikaitkan dengan kekecewaanya mendapatkan kontrak RM2 bilion bagi sambungan laluan New Pantai Expressway (NPE) dan rayuan syarikat anaknya dua minggu lalui tidak dilayan oleh kerajaan.

Kata Raja Petra, oleh kerana Husni mempunyai skandal seks beliau tidak boleh mengugut dan mendatangkan ancaman kepada kerajaan.


Katanya Husni yang ada rekod buruk tidak akan mampu mempengaruhi rakyat kerana dia berjuang untuk dirinya bukan untuk rakyat.

‘Senang sangat jadi hero! ‘ hanya dengan memburuk-burukkan Perdana Menteri dan kemudian dijadikan ikon pembangkang.

Husni seperti pemimpin pembangkang  lain, tidak pedulikan masalah rakyat. Yang penting masalah dan kepentingan mereka sahaja, tegas Raja Petra.

Blogger yang kini bermustautin di Britain itu berkata yang menyokong pembangkang yang digelarnya Pakatuns adalah kalangan pengikut yang bodoh, yang sepatutnya TIDAK DILAHIRKAN DI DUNIA.

Mereka juga mensia-siakan udara yang mereka bernafas yang disebut sebagai bazir beras.

(These Pakatuns are so dumb that they should never have been allowed to be born. They are wasting the air they breath or, as they say in Malay, bazir beras (wasting the rice).)

Walaupun Husni masih ahli UMNO dan Ahli Parlimen UMNO (BN), Raja Petra anggap tidak ada bezanya Husni sekarang dengan pembangkang.

Dia pentingkan diri, bodoh dan pemangsa seks.